03 June 2014

Kesayangan

Salam readers...
Aku malas nak memohon maaf sebab aku rasa blog ni bukan ada readers pun.. Tapi kalau ada yang baca, mucho gracias seniorita de amour... (dah datang mood merepek). Malas nak mengarut panjang2... Kita straight to the point.. So.. let's read together..

Ini cerita seorang guru yang datang dari aliran bisnes.. So kepada cikgu2 di luar sana..mohon tunjuk ajarnya ya... Semasa entri ini ditaip, usia aku bergelar guru baru je 2 bulan lebih. Masih layak (kot) digelar newbie teacher. Masih banyak yang perlu aku belajar untuk jadi guru yang berjaya. Mencabar dan menarik. Dan semestinya banyak pengalaman dan pengajaran yang aku dapat.

 Kebiasaanya seorang guru mesti ada murid kesayangan . Aku pun ada jugak. Ada yang darjah 3 and darjah 5. Tapi..aku tetap sayang semua murid. Cuma yang aku mention kat atas tadi tu special sikit la. Haha..

 Kalau yang darjah 3..basically aku ada 3 orang 'anak'. First.. Danish Haqim/Haqim. Second, Fath Zikry. Third, Ahmad Khuzaifah. Haqim tu aku gelar dia 'Teddy Bear' atau 'Si Becok' sebab mulut dia mengalahkan DJ radio. Non-stop talking. Zikry tu pulak memanjang melekat kat tepi aku. Tapi kadang dia ni jenis pemendam perasaan. Lastly, Khuzaifah memang seorang yang sangat manja. Dalam manja tu pun, dia pengawas sekolah tau. Kalau ikut logik, aku tak boleh manjakan dorang sangat. Tapi aku memang 'kalah' dengan gelagat mereka yang 1001 macam itu.

 Kalau student darjah 5, overall memang aku rapat dengan satu kelas ni. Walhal aku bukan guru kelas dorang pun. Aku cuma guru subjek. Tapi hubungan aku dengan dorang tak macam guru dengan pelajar. Lebih kepada kawan...

P/S: Entri ini akan bersambung....

No comments: