30 March 2011

Fenomena K-Pop

Salam sejahtera kepada yang sedang membaca....

              Sejak kebelakangan ini , peminat seni tanah air dilanda demam K-Pop atau dilanda dengan kebanjiran karya - karya dari negara Korea.Sebut sahaja Korea , pasti korang akan terbayang drama yang pernah meletup dulu kala macam Winter Sonata , Autumn In My Heart , Stairaway To Heaven , Full House dan sebagainya . Ataupun , anda akan menjerit sekuat hati andai anda sedang menonton live konsert Super Junior / Rain / SS501 / B2ST dan banyak lagi yang tak mampu saya senaraikan semuanya . Pelakon drama Korea???Hmm...saya cuba ingat sikit . Lee Min Ho , Kim Bum , Kim Joon , Rain dan lain - lain .

             F.Y.I ,saya juga merupakan peminat karya dari Korea . Kita flashback kejap . Drama pertama Korea yang saya tengok Autumn In My Heart . Menangis saya tengok episod akhir drama tu . Tu masa zaman sekolah rendah kalau saya tak silap . Pastu saya dah tak follow sangat drama Korea . Zaman sekolah menengah , ada sekumpulan kawan yang suka sangat tengok Full House dengan Stairaway To Heaven . Tapi saya tak tengok sebab masa tu kat asrama . Malas sebab nanti takut frust tak dapat tengok episod akhir .So baik tak payah tengok . Hahaha..alasan yang tak berapa nak logik . .


              Minat untuk ' melayan ' karya Korea ni tumbuh semula masa kat kolej . Ada kawan ajak tengok B.O.F kat lappy dia ramai - ramai . Kira macam tengok wayang jugakla . Lepas tengok cerita tu , saya terus mintak izin dia nak copy kat lappy saya pulak .Kebetulan pulak saya baru dapat henfon idaman yang ada kemudahan MP3 . So lagilah saya 'gila ' download lagu Korea . Memang terbaik la . . . .=)

               Sekarang dah hampir ke graduasi . Fenomena K-Pop makin berleluasa . Sejak tahu ada K-Pop Hitz kat channel Astro Hitz , sejak tu jugaklah saya jadi penonton setia rancangan tu . My dad pernah tanya "Asal sekarang banyak lagu Korea ek??". Saya cuma mengangkat bahu . My bro pun pelik bila tengok MP3 fon saya . Banyak lagu Korea . Suka jugak saya ikut nyanyi sekali bila klip video tu keluar kat tv . Konon -konon perasan la macam G -Na ke , 4Minute ke . Hehehe. . .Kebetulan lagi , ada seorang  dua staf tempat saya praktikal ni die hard fan Korean drama & songs . Hari - hari kerja pasang lagu Korea kat PC dia .Siap nyanyi  & hafal lirik sekali . Lama - lama saya terpengaruh jugak akhirnya . . .

           Pada pendapat saya , peminat seni tanah air sedikit 'bertukar selera' kerana negara kita kekurangan group - group macam yang saya mention kat atas tadi . Kalau dulu kita ada Kool , Shades , A To Z , KRU dan sebagainya . Sekarang , hanya tinggal sikit je . Setelah saya buat sedikit kajian , antara faktor yang menarik peminat 'melayan' lagu Korea ialah : Lincah menari kat atas pentas , berbakat besar , have killer smile , lagu pun best .Kalau kita translate lirik lagu Korea dalam English , memang indah susunan kata - katanya . Itu cuma pendapat saya  sebagai seorang peminat industri hiburan . Saya masih rakyat Malaysia yang menyokong hasil karya Malaysia . Aizat , Ana Raffali , Faizal Tahir , Yuna antara artis kegemaran saya . Akhir kata , bersama kita menghargai karya kita . Filem kita , wajah kita . Malaysia Boleh !!!!!!!!!!!
                   

1 comment:

Anonymous said...

terharu sya mendengarnye..majulah kpop utk kite..waawaaaw