04 January 2017

Bayang

Mencari mood nak tido. Menulis mungkin cara yang terbaik. Sebab pernah baca,  menulis adalah satu cara yang bagus untuk something.. Tapi lupa apa dia.. Nanti den tanya gugel semula...

Siang tadi aku kerja macam biasa. Masuk kelas keluar kelas segala bagai. Layan kerenah budak-budak. Tapi ni aku nak cerita pasal someone yang rasanya dah layak digelar bapak budak. Sebelum ni aku pernah mention pasal dia. Aku refer dia sebagai "insan itu ".

Kalau siapa yang mengenali aku dan dia, memang dorang akan tahu aku dan insan itu totally tak ngam kerana sebuah kisah yang berlaku beberapa tahun lepas. (Nak tahu, sila PM tepi). Kitorang tak akan bercakap unless kalau terdesak sangat. Bila kali pertama dia buat, aku kecik hati. Bila kali kedua dia buat lagi, aku diam tapi geram. Dah sampai ke tahap bila dia buat lagi, aku dah tahu nak rasa apa melainkan rasa nak tumbuk je muka dia. Punya la dia tak nak ada kaitan dengan aku tu sampai dia tak sedar kadang2 kena jugak ada kaitan dengan aku or kerja kau takkan siap.

Orang keliling aku hanya mampu suruh aku sabar. Okey. Aku sabar. Walaupun dorang mungkin tak tahu pun apa yang tersirat dalam hati aku ni. Termasuklah insan itu.

Bila aku share situasi ni dengan seorang kawan, katanya insan itu pilih cara macam tu sebab dia ada hak. Tak kata la dia benci aku. Cuma dia prefer cara macam tu. By right, aku tak perlu rasa apa2 if aku betul-betul tak hope apa2 dengan dia.

 The thing is, aku sendiri tak pasti adakah aku masih simpan harapan tu atau sebaliknya. Nak kata aku simpan harapan setinggi gunung, memang takde la. Tu loser namanya. But the truth is undefined. Aku react ni pun sebab seolah dia macam still tak get over things that happened few years ago. In fact,  we are in our workplace. Tolak jauh isu peribadi. Bukan penting pun.

Bayang nak okey sepenuhnya tu.. Macam jauh lagi je. Kalau korang kat tempat aku, apa yang akan korang buat? Mohon tunjuk ajarku sifu..



11 June 2016

Berzaman @ Berhabuk??

Assalamualaikum semua. Entri pertama untuk 2016 di bulan Jun. Mood bulan puasa plus World Cup. Confirm masa sahur nanti adik aku sanggup bangun awal nak tengok live game sambil minum Vitagen makan kurma.. Haha...

Sejujurnya dah banyak kali aku nak menaip di sini. Tapi masa selalu menjadi halangan utama. Yelah. Skop kerja aku makin hari makin mencabar even nampak macam biasa je. Kerenah buah hati yang ramai tu pun boleh tahan juga. Dan..segala macam peristiwa / insiden yang buatkan hidup aku meriah macam kita pergi fun fair then kau memang main semua game kat sana.

Apa 
kisah terbaru aku? Well..macam biasa. Busy dengan kerja dan keluarga. Sekarang tengah mood habiskan saki baki cuti yang tinggal lagi beberapa hari je ni. Minggu lepas berjalan sakan seminggu. So minggu ni dok pulun habiskan tanda paper exam. Sikit je lagi. Fighting!!!

Ibu banyak berbicara tentang isu jodoh dan kahwin. Haha...it's normal. Biasalah  anak perempuan dengan mak ada masanya nak jugak bergosip.  Hehe...dia tak paksa. Cuma rezeki belum ada lagi. Lampu hijau memang dah diberi di samping beberapa unsur2 tapisan dan nasihat. Apapun, korang tolong doakan yang terbaik untuk aku please... Thanks in advance...

Beralih ke isu semasa. Aku jarang tengok TV bila hari kerja sebab bila balik kerja memang flat (letih). So selalunya tido awal. Aku cuma layan TV lama bila hujung minggu itupun kalau aku tak terikat dengan komitmen kerjaya atau hang out dengan kawan. So kadang rasa pengetahuan am aku memang out la. Kalau masuk Clever  Girl  confirm sampai peringkat awal je. Tapi bila satu drama ni memang viral sampai ke tahap keluar dalam surat khabar Kosmo, itu aneh bagi aku.

Descendants of  The Sun. Sure peminat K-Drama jerit " Aaaa...Song Joong Ki!!!". Haha...chill. Joong Ki
 tak kenal korang pun. Talk to myself  sebab aku pun kinda angau tak sudah dengan drama ni!!! Dah banyak kali dia tayang pun aku still tengok if ada peluang. Well..bukanlah aku harapkan calon suami macam Yu Sijin / Seo Daeyoung. Aku suka sebab jalan cerita not fully about lovey dovey thing. Dia tunjukkan situasi sebenar macam mana seorang doktor dan askar jalankan tanggungjawab dorang in depth. Memanglah dorang shooting semua dalam Korea je, but I still love the view at Uruk. So different. Dorang gunakan teknologi sebagai bantuan part gempa bumi tu. Looks like real one. Daebak!!

Mata dah mengantuk ni. So terus kepada moral value yang aku dapat la dalam cerita ni. First:  NEVER GIVE UP.  No matter what happen, please live your life. Second: BE PASSIONATE.  Apapun yang korang lakukan,  lakukan dengan sepenuh hati jiwa raga limpa jantung etc. Haha..

Nanti jela sambung ek. Tu pun kalau aku ada free time. Okey. Adios amigos...

20 June 2015

Think Wisely

Assalamualaikum...
Setahun aku tinggalkan blog ni berhabuk..
Nasib baik blog ni cuma tempat aku berkongsi cerita secara mudah. Entri pertama dalam tahun 2015. Terasa sangat tua. Tak lama lagi, umur aku akan menjengah suku abad secara rasmi. Cara pemikiran pun ada sikit lain. Entah. Yela kot..

Kebelakangan ini, fikiranku dijengah oleh isu jodoh. Banyak je isu lain yang ada terselit dalam otak aku ni. Cuma isu jodoh ni agak berat sikit untuk difikirkan sebab ini memang isu serius. Ceritanya bermula bila ada beberapa kejadian yang terjadi. Seiring pula dengan pertambahan usia, memang tak boleh nak lari lah dari isu ni. Aku tak kata keadaan buat aku tertekan bila fikir soal jodoh ni. Cuma mungkin dah sampai masanya aku perlu berfikir secara serius. Bila aku pandang muka parents aku, aku teringatkan hajat seorang kakak tu. Bila aku pandang muka anak2 murid, dorang pun mengharapkan benda yang sama. Aku tahu, orang2 sekeliling semua nak tengok aku bahagia gembira. Ibu sememangnya dah bagi 'lampu hijau' sejak aku mula kerja lagi. Bagi beliau, dah sampai masanya aku mencari kebahagiaan tersebut. Cuma Ibu selalu pesan, jangan jadi perigi cari timba sudahlah. Maklumlah, aku ni kadang terlebih mesra alam. 

Insan itu...satu dalam sejuta dari segi perwatakan beliau. Bukan terlalu memuji atau memuja. Itu cuma pendapat aku secara umum. Aku menghormati insan itu sebagai seorang senior memandangkan umur dia lebih tua dari aku. Seorang yang agak pendiam, pemalu, perahsia. Dalam sifat pemalu itu juga terserlah ketegasan beliau dalam sesetengah perkara. A bit clumsy as I am. Tapi sangat fokus bila bab kerja.

Aku hanya berserah kepada yang Maha Esa untuk tentukan segalanya. Aku mohon diberi kekuatan dan ketetapan hati dalam membuat keputusan.  Apapun yang terjadi, aku harapkan semuanya baik saja. 

P/S: Ini cuma luahan rasa. Belum tentu jadi lagi. Harap yang baca entri ini  memahami..☺☺☺

04 June 2014

Kesayangan (Part 2)

Salam..sebelum awak nak baca entri ini, awak kena baca entri sebelumnya kalau nak faham keseluruhan cerita.. Thanks.. ;)
Untuk pengetahuan awak,entri yang lepas tu adalah draf yang tersimpan selama sebulan lebih. Harap maaf ye.. Okey. Jom kita sambung cerita. 
Bercerita mengenai pelajar darjah 5 buatkan aku rasa nak senyum dan menangis dalam masa yang sama. Disebabkan aku memang rapat dengan dorang buatkan aku kelihatan seperti kawan mereka. 
Umumnya,aku mengajar dorang English. Darjah 5 ada 50 orang. Dalam ramai2 tu, aku agak rapat dengan 3 pelajar lelaki. Again.. Tiga orang tu  Faris, Naim & Haziq. Bila diingat balik, aku tak tahu macam mana kitorang makin rapat. Share cerita,probs or anything yang dorang rasa nak cerita. Itulah hobi part time kitorang. Memang macam kawan. Kadang aku sendiri garu kepala. Apa kes teacher dengan students macam member man? But then, that is my way. Bagi aku, selagi tak melanggar batas, takde hal la kot..

Faris..awalnya aku segan nak tegur dia sebab nampak dia seorang yang agak sopan. Tapi..bila dah kenal lama, memang bocor la diri dia yang sebenar. Nakal, manja and sedikit poyo. Ooopss..sorry Faris. But that's the truth. Since dia dari family loaded, kepoyoan dia tu agak terserlah. I'm a bit worried about his habit. Each time dia cakap dengan aku, mesti orang pelik sebab dia agak susah nak cakap dengan perempuan. Dia ada seorang adik darjah 4. Faheem namanya. Tapi kadang dia tak ambil port pun pasal Faheem. Kesian Faheem tu.. Masa program camping pun, itulah habit dia. Jenuh jugak mummy dia pesan kat aku tengokkan dorang tu. Daddy dia cool. Peramah,sporting,prihatin. Pernah borak2 dengan parents Faris ni. Sebab tu berani cakap... Faris, I will remember our tagline forever.. "Oh yeah"

Haziq..sepupu Faris. Ayah Faris abang/adik kepada mak Haziq rasanya. Sama macam Faris,Haziq ada seorang adik yang sekolah sama. Amsyar, darjah 1. Kalau ada anugerah pelajar paling comel dan sopan, confirm Haziq boleh menang. Sebab dia sangat comel. Murah senyuman. Adik lagi besar dari abang. Masa 1st class dengan dorang, aku jadi tak tentu arah sikit dengan Haziq ni. Sebabnya..dia yang duduk betul2 depan meja guru tapi suara dia paling susah nak dengar. Tapi aku berjaya mengubah Haziq jadi seorang yang pandai bercakap. Itulah kuasa aku. Aku lemah dengan pandangan mata and senyuman dia. He's so cute...

Naim...pengawas yang baik hati,tak suka menyusahkan orang. Suka ketawa. Rajin dan pandai pujuk orang. Dia paling rapat dengan aku. Suka duka kitorang share sama2. I'm like his sister sometimes. Dia punya expectation kat aku sangat tinggi. Matang. Boleh dipercayai. Kadang ayat dia bisa buat aku menangis terharu. Dah tak reti nak taip apa. In a simple way, he's special. That's it.

Awak bertiga, apapun yang jadi,awak bertiga tetap my beloved students forever..:)

03 June 2014

Kesayangan

Salam readers...
Aku malas nak memohon maaf sebab aku rasa blog ni bukan ada readers pun.. Tapi kalau ada yang baca, mucho gracias seniorita de amour... (dah datang mood merepek). Malas nak mengarut panjang2... Kita straight to the point.. So.. let's read together..

Ini cerita seorang guru yang datang dari aliran bisnes.. So kepada cikgu2 di luar sana..mohon tunjuk ajarnya ya... Semasa entri ini ditaip, usia aku bergelar guru baru je 2 bulan lebih. Masih layak (kot) digelar newbie teacher. Masih banyak yang perlu aku belajar untuk jadi guru yang berjaya. Mencabar dan menarik. Dan semestinya banyak pengalaman dan pengajaran yang aku dapat.

 Kebiasaanya seorang guru mesti ada murid kesayangan . Aku pun ada jugak. Ada yang darjah 3 and darjah 5. Tapi..aku tetap sayang semua murid. Cuma yang aku mention kat atas tadi tu special sikit la. Haha..

 Kalau yang darjah 3..basically aku ada 3 orang 'anak'. First.. Danish Haqim/Haqim. Second, Fath Zikry. Third, Ahmad Khuzaifah. Haqim tu aku gelar dia 'Teddy Bear' atau 'Si Becok' sebab mulut dia mengalahkan DJ radio. Non-stop talking. Zikry tu pulak memanjang melekat kat tepi aku. Tapi kadang dia ni jenis pemendam perasaan. Lastly, Khuzaifah memang seorang yang sangat manja. Dalam manja tu pun, dia pengawas sekolah tau. Kalau ikut logik, aku tak boleh manjakan dorang sangat. Tapi aku memang 'kalah' dengan gelagat mereka yang 1001 macam itu.

 Kalau student darjah 5, overall memang aku rapat dengan satu kelas ni. Walhal aku bukan guru kelas dorang pun. Aku cuma guru subjek. Tapi hubungan aku dengan dorang tak macam guru dengan pelajar. Lebih kepada kawan...

P/S: Entri ini akan bersambung....

11 February 2014

Dilema Restu Semalam + Hari Ini = ......

Salam sejahtera kepada yang sedang membaca... Aku cakap awal2..entri ni sangat panjang. Takde pics sebab aku tak sempat nak snap pics or gugel gambar. Hope korang boleh tahan baca entri aku yang panjang tahap maksima ni...

****************************************************************

10 /2/2014..aku pergi interview di syarikat A (syarikat logistik).Dari gaya orang2 yang interview aku tu, harapan aku nak dapat memang tinggi. Tapi dia kata anything dia akan call aku later. So aku pun ok jela. Lepas tu, aku balik rumah la. Lapooo...

Lepas makan, aku chit chat kejap dengan Ibu pasal interview yang baru lepas tu. Tengah leka2 borak, ada orang call. Rupanya panggilan dari organisasi B (sekolah integrasi). Aku dah gabra campur terkejut sangat. Setelah mendapat hint dari parents aku, aku pun bersetuju untuk datang interview di sekolah tu pada hari ini (11/2/2014) jam 2 petang. 

Selang beberapa minit lepas tu, aku dapat lagi 1 call. rupanya dari syarikat A. Nak dipendekkan cerita, aku berjaya dalam interview tu. Aku ditawarkan posisi sebagai kerani bahagian inventori. Boleh mula kerja esok. Alhamdulillah...aku sangat bersyukur campur terkejut.

Tetiba aku teringat call dari syarikat C (farmasi) malam kelmarin. Setelah beberapa mesej, beliau minta aku datang interview pada hari yang sama (11/2/2014) jam 3 petang. aku pun setuju saja. Tapi dalam hati aku "Betul ke apa yang aku buat ni???".

***********************************************************

11/2/2014..aku jadi bingung bila pikir pasal appointment aku hari ini. Sambil breakfast pun aku terpikir pikir apa yang patut aku buat. hati aku cakap benda lain. Family aku pulak bagi pendapat lain. 4 vs 1. Sungguh..aku sangat keliru sebenarnya. Tapi aku slumber main redah jela. Just follow the flow. Ingatkan nak bukak akaun CIMB utk syarikat A. Malangnya I/C aku hilang. Memang tak lepas nak bukak akaun. So, dengan tekad yang tinggi, aku dan Baba memecut laju ke JPN terdekat. Padahal masa tu jam dah dekat pukul 1. 

Bila dah sampai JPN, ambil nombor giliran. Kemain jauhnya. Turn aku 4280. Nombor sekarang : 4235. Aku pulak ade interview pukul 2. So ayah aku cakap "Takpe. Tinggalkan dulu JPN ni. Kita gi solat kat masjid area sekolah tu  terus." Aku ikut jela. Setelah berpikir masak2 dan menimbangkan suara2 hati family aku, aku decide untuk cancel interview dengan syarikat C. Aku hantar mesej secara profesional kepada staff yang call aku tu. Maaf ye...

Sampai je kat masjid, betul2 azan Zohor dah habis. Solat berjemaah. Lepas tu terus pecut ke sekolah integrasi B tu. Bila sampai je opis sekolah tu, kena isi borang dulu sementara menunggu turn aku di'interview' tiba. Nervous tak terkata even ini bukan kali pertama. Sesi interview berjalan lancar. Aku di'interview' oleh 3 orang dalam bilik yang sama serentak. Mujur mereka bertiga memahami betapa nervousnya calon temuduga ini. Alhamdulillah..interview berjalan dengan lancar. Aku jawab je apa yang dorang tanya even tersekat-sekat patah perkataan yang keluar dari mulut aku.

Niat asal aku datang inetrview tu sebenarnya untuk mencuba buka ruang untuk adik aku yang sememangnya berminat untuk menjadi seorang pendidik. Tapi sampai ke satu tahap, situasi tu jadi lain. Mengikut kata mereka, adik aku memang tak layak kalau nak memohon di sekolah yang bawah kerajaan sebab masih kategori bawah umur. Kalau mohon kat sekolah swasta memang sure takde masalah. Okey. Aku faham. 

Bila dia suruh aku pilih salah satu position yang ada kat sekolah tu, aku dah tergamam. Hah?? Betul ke?? Aku pun memilih untuk jadi ENGLISH TEACHER. Tak sangka pulak dapat feedback secepat itu. Akhirnya aku berterus terang tentang dilema yang aku hadapi tentang tawaran syarikat A dan sebagainya. Rasa lega. Then, dorang suruh aku balik bincang dengan family aku dulu. Bagi keputusan kat dorang lusa (13/2/2014). Dorang kata, kalau aku setuju nak join dorang, aku boleh mula kerja minggu depan. What?? Start next week?? Biar betul. Ya Allah..terharunya aku rasa. Aku dah boleh bayangkan muka family aku macam mana...

Bila aku cerita kat Baba dalam kereta sepanjang perjalanan kembali ke JPN, aku dengar ayat2 yang sama tentang perbezaan baik buruk syarikat A dan organisasi B dari mulut Baba. Aku masuk JPN dulu sementara Baba park kereta. Malangnya nombor aku dah terlepas jauh. Aku pulak lurus pegi ambil nombor baru. Sama jugak kena tunggu lama. Jam dah pukul 3.40 petang. Ayah aku ambil nombor giliran lama tanya orang yang jaga kaunter nombor tu. Sekali lagi aku dapat nombor baru. Yang bestnya aku dapat nombor ekspres. Tapi kat nombor giliran tu tulis kategori warga emas /OKU. Hahaha... layankan jela. Rupanya sekejap je buat I/C ni. Just bayar denda RM110, amik gambar. Esok dah boleh amik I/C baru. 

Semasa entri ini ditaip, aku dah buat keputusan untuk terima tawaran dari organisasi B sebagai ENGLISH TEACHER. Walaupun takde pengalaman mengajar, aku akan cuba sebaik mungkin. Apa yang penting bagi aku ialah...restu semua ahli keluarga aku. Aku tahu dorang cuma nak aku happy. Tentang syarikat A tu...sepatutnya aku mula kerja esok (12/2/2014). Tapi terpaksa jadi hari terakhir aku jugaklah. Hope dorang boleh terima alasan aku. Aku sendiri tak sangka situasi akan jadi sebegini rupa. Mungkin ini hikmah yang Allah bagi lepas lama menunggu. Alhamdulillah....

Dilema restu semalam + hari ini = Kegembiraan sekeluarga....=)

P/S: Kawan2 yang membaca...doakan saya berjaya dalam menuju langkah pertama ke alam kerjaya...=)








26 January 2014

Kenangan

Rasanya dah lama sangat2 aku tak update blog ni... Maaf ye.. Kalau blog ni orang, mesti dia dah sentap dengan aku sebab selalu sangat abaikan dia.. Ampun ye wahai blog.. Semalam aku pergi dua wedding. Dua2 tu kawan sekolah menengah aku. Seorang tu kahwin dengan classmate sendiri. Itu ialah Rozaini & Falaha. Dan yang lagi seorang tu ialah Qayyum. Isteri dia tu aku tak kenal. Tapi aku lebih rapat dengan Qayyum since kitorang classmate. Huhu... Bila dah pergi wedding kawan tu, memang konfem jumpa kawan sekelas or sebaya. Terus aku teringat zaman tingkatan 5 dulu. Masa tu kitorang cuma ada 3 kelas. So boleh dikatakan kitorang agak rapat dan mengenali each other. Memang meriah. Majlis kahwin boleh jadi majlis reunion. Melayan kerenah kawan lama sambil update cerita terkini dorang buat aku sakit perut sebab terlebih gelak ketawa. Aduhai korang ni.. P/S: Entri akan bersambung... Aku kena bersiap nak pegi wedding kawan sekolah rendah kejap lagi..