Hai readers...
Aku baru je habis dengar 6 single pelajar AF9...So nak buat review sikit la..Ini cuma pandangan seorang peminat..Kalau aku ada tersalah cakap ke, apa kekurangan ke, aku mohon ampun banyak2...Maklum la...aku hanya insan biasa yang makan mi Maggi ( macam pernah ku dengar..tapi di mana ya??)
Lena - Sisa Kisah Kita
Lagu ini slow rock . Intro dia kalau orang tak cam, lain sikit suara Lena. Aku cuma cam suara dia masa part korus lagu ni. So dikira ok la sebab pencipta lagu ini membuat sedikit kelainan. Macam dia berjaya wujudkan Lena yang lain dari Lena yang biasa. Sedap...tone suara Lena memang sedap...
Hazama - Cinta Teragung
Hazama..antara calon yang disebut sebagai bakal juara AF9 selain Fina. Kita pun dah biasa dengar suara Hazama nyanyi kan masa dia dengan MUH, masa dekat AF dulu...Suara dia memang ada aura tersendiri..So siapa yang minat Hazama mesti tak sabar kan nak dengar dia nyanyi lagu ni masa final.. Tak apa..Kita tunggu saja...Kaw Tim!!!!
Nera - Hatimu Milikmu
Even ramai yang tak suka dia kat luar tu. aku tetap suka dia sebab aku nampak kejujuran dia nak menimba ilmu sebelum menempuh dunia luar..Kuat2 menangis dia pun, semangat dia nak belajar tinggi..Tone suara dia pun sedap tau...Cuma mungkin bukan rezeki dia nak ke final. Sebab lagu2 yang dia dapat pun macam susah je nak bagi dia show her true talent..Aku percaya dia boleh pergi jauh... Sama macam yang lain-lain..Back to this song, lagu ni memang untuk Nera..Lain dari apa yang kita pernah dengar dia nyanyi masa konsert.. Good job composer!!!!!!
Azri - Niskala
Tak dinafikan, suara Azri sering disamakan dengan Faizal Tahir. Tapi aku rasa tone FT lagi tinggi. Dia pun ada band sendiri. Dah suara dia memang macam ini. Nak buat macam mana kan. Tapi aku terfikir, lagu ini macam susah nak compete dengan lagu finalis lain. Serius. Bukannya lagu tak sedap. Sedap. Best. Cuma berbanding dengan finalis lain, lagu ni macam lagu biasa yang biasa kita dengar je. Tak berapa menepati skala seorang finalis. Sebelum terlupa, mohon ampun kepada komposer lagu ini. Mohon ampun sangat2. Ini cuma pendapat saya sebagai salah seorang peminat setia Azri. Apa pun, aku harap Azri akan buat sehabis baik masa konsert final nanti. MANTAP!!!
Erul - Legasi Cleopatra
Pergh...tajuk lagu gempak tu. Cleopatra. Dalam banyak2 single yang aku baru dengar ni, aku rasa lagu ini je yang berunsurkan rancak. Ala ala KRU punya muzik sikit. Memang sesuai la dengan Erul yang suka menari ni. Huhu...bila dengar banyak kali, ada jugak unsur K-Pop sikit. Kira ok la tu. Dia kan suka K-Pop. Kalau rasa nak ganas sikit, lagu ni pilihan terbaik.
Fina - Menangis Lagi
Dia ni..semua orang tahu yang dia mempunyai kekuatan vokal yang tersendiri. High note dia...pergh..meremang bulu roma dengar. Aku rasa setiap lagu diciptakan memang sesuai dengan kekuatan vokal penyanyi dan personaliti .Orang kata kenalah dengan jiwa penyanyi tu. Jujur aku cakap, single Fina memang power...Even aku ni kureng minat dia...Sorry ok Fina fans...Just telling the truth...
Akhir kata...lain orang, lain citarasanya...apa-apapun, selamat memeriahkan industri seni tanah air kita...

No comments:
Post a Comment