Tak lama lagi aku jadi student semula..Ok la..Back to the story..
Sesiapa yang perasan tentang entri ku yang INI...aku letakkan gambar2 dari drama "Ketika Cinta Bertasbih : Spesial Ramadhan"...Drama ni sambungan dari filem dia yang dua itu. Aku tak tahu kenapa aku suka nak tahu apa perkembangan drama tu. Tarikan dia semacam.Drama ni adalah drama Indon kedua yang paling gila selepas Safa & Marwah. Kalau ada yang nak tengok, pergi ambil remort biru..Lepas tu tekan channel 141 setiap petang Isnin - Khamis pukul 5.15 petang. Ulangannya malam hari yang sama. Kalau biasa pukul 10 malam. Tapi tadi aku tengok, pukul 10.45 malam. Mungkin sebab perubahan waktu sempena bulan puasa kot. Channel 141(Bintang) dan 142 (Pelangi) tu ada dalam pakej Indo Pek. Preview percuma untuk penonton Astro sampai 14 Ogos 2011...So bermakna aku tak dapat la nak follow drama tu sampai habis. Tak apa la. Tu namanya bukan rezeki aku..
Kisah kehidupan Azzam dan Anna selepas mendirikan rumah tangga....Dengan sekolah pondoknya, kafe Bakso Cinta, perniagaan batiknya...dengan masalah Anna yang tidak boleh memberikan zuriat...masalah Aprillia lagi...
Dilema Husna dalam memilih calon suami yang terbaik...Mencintai Ustaz Ilyas sedangkan Ustaz Ilyas telah ditunangkan secara tidak rela dengan orang lain....Sedangkan Furqan begitu tulus mencintai dirinya walaupun wujudnya soal perbezaan taraf ...
Aku suka drama ini sebab sedikit sebanyak drama ini mengajar aku tentang realiti dalam melayari bahtera kehidupan sebagai seorang Muslim...Tutur kata..Perilaku...Mungkin aku tak mampu menjadi seperti watak Anna dan Husna sepenuhnya...Muslimah solehah..suci...
Huhu...sorilah kalau korang bosan baca entry ni ek...akhir kata dari aku...
Mencintai tidak semestinya memiliki...
Jika itu yang berlaku...
Maka jalan terbaik ialah PENGORBANAN...
Yang menuntut kesabaran dan kekuatan..
Adakah aku memiliki kekuatan untuk itu..
No comments:
Post a Comment