30 June 2013

G.A.L.A.U

Salam readers...
Sekian lama tak update blog. Ini pun aku mencuri masa study. Depan mata ni ada je buku Strategic Management yang super duper tebal tu. Tapi depan buku tebal itu ada laptop yang tersedia on. Tangan ni pun laju jela menaip URL blog sendiri. Hahah...takpe. Sekejap je...


Back to my title. G.A.L.A.U. Apa maksud galau tu sebenarnya?? Apa yang aku tahu, galau tu bermaksud kusut, keliru, tak mampu membuat keputusan dan seangkatan dengannya. Haa..faham tak?? Kalau rasa nak tahu lebih, sila gugel sendiri ye. Hehe..aku tak tahu if sekarang aku ni dalam keadaan galau atau tak. Cuma stress sikit sebab exam. Kalau tak stress masa exam tu kira hebat la. 

Malam semalam aku tak boleh tido. Tetiba aku terfikir something yang rasanya bukan isu besar. Siapa yang baca blog aku dari dulu, aku pernah cerita mengenai Budak Coklat. Alhamdulillah...kami masih berkawan baik even kami membawa haluan masing-masing. Semester ni memang super duper menguji kesabaran aku. Serius. Setiap kali aku ada masalah, aku akan cerita kat Budak Coklat. Aku tak tahu if dia rasa aku ni menyusahkan dia or menyemakkan dia dengan masalah aku. Tapi dia tak pernah tak dengar masalah aku. Dia dengar je segala masalah aku dari dulu. Masalah tu kecik ke besar ke, dia dengar je. Then dia mesti bagi kata-kata semangat or jalan penyelesaian untuk buat aku bangun balik. Bila dia buat macam tu, aku terasa macam terlalu bergantung dengan dia. Sikit sikit cari dia. Hakikatnya kami cuma kawan baik. 

Sementara tak boleh tido tu, aku tanya roomate aku "Minah(bukan nama sebenar), kalau endingnya aku dengan dia (Budak Coklat), rasa macam tak best je. Sebab kitorang dah faham diri masing-masing. So macam tak best je nanti". Roomate aku pelik. Tapi dia jawab "Kenapa pulak? Tak semestinya bila kita rapat dengan someone tu, kita dah tahu segala benda tentang diri dia. Mesti ada lagi benda yang kita tak tahu pasal diri dia".

Mungkin korang rasa benda ni takde kena mengena dengan tajuk G.A.L.A.U. Tapi buat2 la ada kena mengena ye. Disebabkan memang tak boleh tido, sudahnya aku on laptop layan movie + download lagu + sampai awal pagi. Nak kata aku bangun lewat semalam, tak jugak. Aku bangun pagi. Petang pun tido kejap je. Emm...

Janji sekejap je kan?? Ni aku rasa dah lebih dari sekejap ni. Gotta go... Wish me luck for paper tomorrow evening.. Oh Strategic Management...

No comments:

Post a Comment