25 February 2012

Aku dan Budak Coklat



Salam readers... Memang lama aku tak menulis dalam blog ini. Bukannya apa. Aku ni jenis bila ada mood nak menulis baru aku menulis. Ini pun sebab aku dah rindu nak update blog yang dah berhabuk ni. Huhu..

Banyak benda yang berlaku sepanjang hampir sebulan aku bercuti semester. Awal bulan Februari, aku ke Langkawi untuk menyertai kursus. So kalau ke sana memang wajib korang habiskan duit untuk shopping COKLAT!! Aku memang dah berniat nak bagi coklat untuk 'seseorang'.


Dalam beberapa hari lepas aku balik, aku pun tanya bila 'seseorang' itu free. Lepas bincang and set the date, dia pun datang ke rumah. Aku pun bagilah coklat tu sebagai tanda ingatan seorang teman. Kami berborak di surau depan rumah aku tanpa pengetahuan sesiapa. Tapi ada beberapa orang jiran aku nampak. Aku tak kisah sebab kitorang borak di tempat terbuka. So takde apa nak risau sampailah abang aku nampak. Dan dia hanya memandang gelagat kitorang tanpa mengeluarkan sepatah kata. Aku pelik sekejap..

Kawan aku tu pun dah balik selepas hampir sejam berborak. Aku pun dah masuk rumah. Mak aku nampak aku sidai tudung kat sofa. Dia pun tanya aku keluar ke mana and buat apa. Aku pun berterus terang. Cerita semuanya dari awal sampai habis. Pada awalnya mak aku tak selesa. Bimbang dengan umpatan orang. Lama2 dia pun mengerti sendiri. Dia memahami apa yang aku rasa. Syukurlah..

Semakin hari aku kerap berhubung dengan 'kawan'ku itu. Dialah yang mak aku gelarkan "Budak Coklat". Dan beberapa hari lepas, aku dan Budak Coklat keluar bersama sebab nak habiskan baucar. Kebetulan Budak Coklat pun nak cari hadiah untuk wedding kakak kawan dia. Alhamdulillah..it goes very well. Tambahan lagi 2 orang kawanku meriuhkan suasana. Memang seronok..

Buat masa ini, aku dan Budak Coklat hanya berkawan. Cuma mungkin gaya dia yang agak prihatin buat orang salah faham. Dia memang seorang yang prihatin,peramah dan baik hati. Aku bersyukur kerana aku mempunyai seorang kawan seperti Budak Coklat. Perkenalan spontan yang disulami dengan pelbagai peristiwa lucu, aneh telah buat kami selesa untuk berkawan. Yang pentingnya ialah kejujuran, keikhlasan dan hormat menghormati.

"Seorang kawan yang baik ialah kawan yang berkongsi kegembiraan dan kesedihan bersama"

No comments: