09 February 2011

Drama Sebabak

Salam..sekian lama aku x menambah entry blog ini.Bukannya apa,aku mencari idea yang sesuai dan mood yang baik untuk menghasilkan entry yang berkualiti.Cewah!!Gitu katanya...Saja je suka - suka.Cerita ini berjaya membuatkan aku rasa tergelak sepanjang hari ini...





Kisah bermula ketika makan tengah hari.Aku,Nisa n Kak Fiza makan bersama seseorang.Cukuplah aku namakan beliau sebagai Mr S .Secara kebetulan aku ternampak Mr.S makan seorang diri.Lalu kami bertiga pun join sekaki.Huhu..banyaklah jugak kami berceloteh sambil makan.Mr S habis makan dulu sebab masa kami join dia,dah separuh pinggan dia makan.So dia gerak dulu.Sistem kat kedai tu pula jenis bebas tapi unik.Sama ada bayar dulu or bayar kemudian.Yang uniknya, makcik kedai tu mampu mengingat muka setiap pelanggan dia bersama dengan harga makanan yang kita makan.Kebiasaanya kami akan bayar lepas makan.Masa kami nak bayar tu,aku dah letak duit atas meja kaunter.Nisa n Kak Fiza baru nak keluar duit dari dompet.Tiba - tiba...


Tempat:Kaunter Kedai
Masa:Sekitar 1 tengah hari
Situasi:Pelanggan mahu membayar makanan


Makcik itu merenung semacam dan...

Makcik : Tak payah bayar sayang. Mr S dah bayar tadi.
Aku,Nisa n Kak Fiza : Hah????? (serentak)



Gabungan suara kami bertiga menghasilkan lantunan suara yang agak kuat hasil daripada berita yang baru kami terima itu.Sungguh!!Kami memang terkejut besar.Selepas mengucapkan terima kasih,lantas kami mencabutkan diri kami ke tingkat bawah sambil tergelak besar di depan lif.Hahaha....Namun menurut Kak Fiza,Mr S memang baik hati.Apapun, kami sebulat suara merakamkan jutaan terima kasih yang tak terhingga kepada Mr S..Jasamu dikenang selalu...

No comments: