11 May 2011

AF to the IM to the ML (Part 2)

Hello readers.....

Continue from HERE!!!!!!!

Ok then...kembali berbahasa kebangsaan semula.....Semalam punyalah panjang lebar aku berceloteh pasal AF..Kali ini, aku sambung berceloteh pasal IM a.k.a Imam Muda.. Hope entry ini tak membuat  korang rasa nak klik pangkah kat browser or tab korang ek....


Masa IM mula2 , aku tak pernah terfikir aku boleh "jatuh hati" dengan program ini..Tahu macam tu je. Mak aku yang suka IM ni sebab dia memang peminat channel 106 Astro Oasis tu....Lama2 bila dah terbiasa teman mak aku tengok, aku sendiri pun jadi macam mak aku...Esok lusanya mulalah aku meng'google' pasal IM ni...Program ni kan pertama kali dalam dunia penyiaran Malaysia yang berjaya menarik perhatian media antarabangsa......Bagus sangat program macam ni sebab dia mengalakkan golongan muda kat Malaysia ni menjadi pemimpin yang berteraskan konsep syariah Islam...Kira memang terbaik la wa cakap sama lu...Syabas kepada penerbitan Astro Oasis...


Punyalah panjang mukadimah aku ....Huhu...Ok.Teruskan. Sekarang kan IM dah masuk musim ke-2...Makanya aku kembali menjadi penonton setia IM musim ke-2....

Peserta IM 2

Haaa........antara calon yang aku nampak potensinya untuk cemerlang ialah................................


Nazrul....bila tengok gambar, katanya asal Johor..tapi bile dengar dia bercakap hari tu,macam ada slang Kelantan...Hmm..tak kisahla...Setelah aku tengok muka dia beberapa kali (bergantung pada kekerapan aku menonton CH106...), aku melihat muka IM Nazrul ini mempunyai sedikit persamaan dengan muka seseorang yang aku kenal..Siapakah orang itu??? Biarlah rahsia....


IM Hassan..anak muda Sg.Air Tawar, Perak...Kampung mak aku...Orangnya sopan, tenang dan bijaksana...Mukanya sangat baby face kerana dia seorang yang suka senyum...

IM Najdi...orang Selangor...maknanya senegeri dengan aku la kan..hahah...apa yang aku nampak, beliau ada bakat menjadi IM..cuma beliau seorang yang agak pendiam dan pemalu...Tapi kalau dia tahu yang dia ada ramai penyokong, agak2 apa reaksi beliau???


Haaa...ni la satu2nya wakil dari Sabah....IM Ali.....Aku suka dengar dia cakap sebab aku suke dengar slang Sabah...hahah..jahat kan aku??Sebut pasal Sabah ni kan, agak2nya bila la aku dapat jejak negeri bawah bayu itu????

Kesimpulannya...............Sokonglah program Imam Muda!!!!!!!!!!!!!!

To be continued...........

No comments: