Hai readers...kenapa bagi tajuk entry ni "Banyak Tajuk"? Sebabnya aku sendiri buntu nak letak tajuk apa..kalau letak betul2 kang, panjang berjela2 pulak..Ok. Tadi kan saya dapat keluar...Pergi tengok Nur Kasih The Movie. Cite tu best sangat!!!!!!!!!!!! Kalau ada orang nak belanja saya tengok wayang lagi, saya rela beratur panjang nak beli tiket NKTM...
Bangun pagi punyela awal. Dengan harapan dapat kejar 1st show NKTM kat Mid kul 11 suku. Tapi tidak berjaya kerana Nisa sedikit lambat. Masa kami nak beratur beli tiket, ramai la jugak orang. Aku tak tahu la dorang nak tengok NKTM or Pirates. Biar jela kan. Beratur punya beratur, akhirnya sampai juga turn kami. Berlaku sedikit kesulitan dalam proses pemilihan sit. Kami nakkan sit ruang tengah. Perfect view for us. Tapi dah full. Kalau ada pun, kitorang kena duduk asing2. Tak maula camtu. Apa ertinya janji keluar bersama tapi tengok wayang asing2 kan??Hihi.. kakak cashier tu pulak melayan je kerenah kitorang. Adalah dalam 10 minit kitorang berkira2 nak pilih sit. Last2 kitorang belasah jela sit area sebelah kiri.The best option at that time. So layan la NKTM for 1 hour and 30 minutes ...(Rasanya la..). We're watch 2nd show NKTM at 1.25pm...Disebabkan gap masa yang panjang, kami sepakat nak merewang ke MPH and having lunch. Kami keluar MPH pun tepat2 kul 12pm. So perfect time for lunch...McD is our choice..Ramai orang. Aku reserve sit awal2..Senang..
Setelah perut masing2 dah diisi, masa untuk " membuang" pulak..Hmm...layan jela. Nak gi terjah kapal Pirates pun tak sempat sebab masa tu pun dah pukul 1 lebih. So masukla wayang. Sempat jugak kitorang pose dekat NKTM punya poster kat dinding..Haa...bile lagi nak jadi mereng kan..
Selepas layan NKTM, kami ke surau. Aku call Along(bukan nama sebenar) . Dia dah sampai tapi tengah tunggu Kak Long(bukan nama sebenar) . Aku memang nak jumpa dorang sebab ada barang aku nak kirim kat Along. Around 4pm, Along text aku. Dia kata nak beli tiket dulu. Then, kitorang naik semula ke tingkat atas. Tapi kitorang lepak dulu kat depan Sushi King. Tengok event Pirates for HSBC credir card holder. 20 minit selepas itu, aku tanya lokasi Along di mana. Beliau tengah makan di tingkat bawah.Oh no!!! Haha..aku suruh dia tunggu situ je. Kami pun turun la semula ke floor makan itu. Kebetulan kakak Hanis kirim roti. So kami pun menjalankan misi mencari kedai roti kakak Hanis sambil mencari di manakah Along n Kak Long. Bila ditanya, katanya dekat Big Apple. Aku tak tahu pun ada Big Apple kat Mid ni. Disebabkan kegopohan dan kegabraan aku, pencarian Along n Kak Long meleret sampai ke floor parking lot yang kedua terbawah. Ahh..ni mesti salah jalan lagi ini. Tetiba nampak sekumpulan akak sedang berjalan membawa kotak BA. Aku pun bertanya. Barulah kami meneruskan perjalanan. Stop kejap kat kedai roti kakak Hanis. Pastu sambung balik. Big Applenye jumpa. Mana dorangya??? Aku hanya kembali ke alam realiti apabila Along melambai tangan sambil kata "Hello". Aku punya tahap kekejutan sampai ke paras maksima. Nasib aku berpaut kepada tiang menyorokkan mukaku yang terlebih tebal pada masa itu. Sungguh aku memang tak perasan yang dorang sebenarnya ada kat belah kanan aku. Insticnt tu ada nak pandang belah kanan. Tapi otak aku lambat proses info. Budak2 itu pun bukannya mahu menegur aku. Huhu..tapi salah aku pun. Aku yang saspen overdose. Itulah jadinya. Last2 kitorang berenam menjadikan KFC sebagai port berborak selama 1/2 jam itu. Dah pukul 5 lebih, kami pun meminta diri. Nanti aku tak boleh masuk rumah pulak kang. Before balik, sempat aku request nak ambil gambar dengan dorang. Rasa macam artis je..(bak kata Kak Long). Dan akhirnya barang itu selamat dikirimkan kepada Along dengan jayanya...
Cerita tak berakhir lagi. Kami pun tunggu tren KTM. Seperate kat KL Sentral. Tinggallah aku n Nisa. Nak menunggu tren balik memang lama. Dah la lama, ramai pulak tu. Standard la. Time orang balik kerja. Bile tren sampai, kami tak berjaya rempuh masuk sebab tren tu mengalahkan tin sardin. Mampat semampat mampatnya. Nasib staff KTM buat announcement ada shuttle train 10 minit lagi. Tren tu sampai je, memang nekad kitorang redah. Maka kami pun masuk la ke gerabak sardin tahap 3 (ikut skala 1 - 4). Dalam tren pulak, tetiba ada sorang kakak tu pening. Dari dia berdiri, dia mencangkung. Nasiblah rakyat Malaysia memang prihatin. Ada la yang hulur minyak angin kat dia. Kakak tu pun ok. Akhirnya kami sampai juga ke Shah Alam jam 7 lebih....
Maka...itulah kesudahan cerita aku untuk entry kali ini............Sekian...
No comments:
Post a Comment