29 June 2011

Kenangan Tahun Lepas

Salam sejahtera
Entry ini khas untuk kau.. W (bukan nama sebenar)

Tetiba je aku teringatkan kenangan tahun lepas. Masa tu hari aku last kerja kat McD. Aku lupa siapa je yang tahu aku nak resign. Manager yang tahu cuma Kak F aku rasa. Yela. Masa tu dia incharge buat jadual. Aku tak nak susahkan dia. At least, pandailah dia nak arrange orang kan. Masa aku nak hantar surat tu, aku teringat eksperesi muka Abg R. Dia terkejut besar. Dia siap tanya kot2 aku tak suka kerja dengan dia. Ada pulak macam tu. Ok la..as usual, aku masih mengekalkan rekod bersih as krew McD yang x pernah kena 'mandi'. "Mandi" tu adalah adat yang wajib bagi mana2 pekerja McD seantero Malaysia. Yeke?? Yela kot aku rasa. Tapi jujurnya, aku memang sayang nak tinggalkan dorang. Cuma aku kena utamakan masa depan aku. Tempat aku kerja ni memang banyak nilai sentimental pada aku. Sampaikan masa aku taip surat resign, aku taip dengan linangan air mata. Sedih...

Ok la. Petang tu aku balik rumah pukul 6 lebih sebab nak hang out dengan dorang for the last time. Malamnya, aku tido lambat. Tetiba W (bukan nama sebenar) call. Aku terkejut la. Sebabnya dia tak penah call aku selain masa birthday dia. Aku pun jawablah. Aku tanya kenapa tetiba je call. Dia kata saja je. Hmm..yela tu. Pastu dia tanya betul ke aku dah resign. Aku terkejut la macam mana dia tahu. Dia tak jawab pun soalan aku. Cuma nak mintak pengesahan dari aku. Aku pun jawablah "A'ah. Tadi aku last kerja. Open". Dia tanya balik kenapa aku resign tak cakap dengan dia. Eleh..masa dia resign dulu pun mengejut jugak. Kalau tak sebab Abg Z cerita kat aku, mesti aku orang last tahu yang dia dah resign. Mengikut cerita dorang, cara dia mintak resign menimbulkan sedikit kontroversi. Memang mendadak. Hehe...back to the story. Aku pun tanya la balik kenapa dia resign dengan cara macam tu. Dia pun cerita. Oh...begitu ceritanya. Aku cakap kat dia "Sorry la kalau kau marah aku resign tak cakap dengan kau." Dia jawab "Takpelah. Benda kecik je". Aku ingatkan tu je yang dia nak tanya. Pastu dia bukak cerita pasal kenangan tika kami bekerjasama kat McD tu. Flashback balik. Tergelak - gelak kitorang. Sebabnya masa kitorang kerja, kitorang ni macam anjing dengan kucing. Asyik gaduh je. Kalau kitorang kerja sama syif, store tu bising dengan suara kitorang je. Bertekak memanjang. Yang bestnya, sambil buat kerja pun boleh bertekak tu. Aku kat kaunter, dia kat kitchen. Banyak lagi la kitorang cerita. Main teka bunyi la, tiru gaya manager la, ingat balik ex-crew yang lain. Huhu..memang best. Lama jugak la kitorang borak. Dekat sejam tahu...kitorang cuma stop borak bila masing - masing dah mati kutu nak cakap apa. Hahaha...


W ni sebenarnya ok. Mereng sikit tapi agak panas baran. Pernah aku rindu nak gaduh dengan dia. Rasa pelik bila dia tak ada.Tapi tu dulu la. Sekarang kalau rindu pun, mungkin just nak dengar cerita terkini pasal dia. Ada awek ke, study dia macam mana. Tu jela...

1 comment:

Tentang Aku said...

http://muhammadaliafandy.blogspot.com/