14 July 2011

Biarkan Aku . . . . .

Salam..ada sesiapa boleh tolong ingatkan aku yang Safa Marwah dah habis???

Aku ni tadi baru je lepas melayan episod akhir Safa Marwah untuk kali yang keempat (kalau tak salah kira)..

Aku malas nak bebel panjang sangat...Cuma nak share some moment yang aku paling suka sepanjang episod last cerita ni...


Ni part paling last...moment yang paling sweet mengalahkan gula yang ada kat kilang CSR tu bermula pada detik 3:38...Cuba tengok..

Moment yang paling syahdu masa minit 6:39...Mencurah - curah air mata Safa mengalir mengalahkan air terjun...Aku yang tengok ni pun rasa nak menangis sekali...Uuuuu...;(

Part last masa kat 7:33 memang part paling saspen sebab kita tak tahu siapakah gerangan manusia yang serupa Ilham (Rionaldo Stokhorst) itu...

Ok. Tu cerita episod akhir. Pasal intro pulak aku nak share dengan korang. Theme song, mestilah korang tahu lagu ni kan. ST12 - Biarkan Aku Jatuh Cinta. Ada beberapa opening yang sama tapi sedikit berbeza..Aku tunjukkan apa yang aku tahu...


Ni dia guna masa cerita ni kat pertengahan....Kalau korang tahu kat mana tempat yang dorang guna untuk intro ni, bagitahu aku ek...View dia sangat indah...Setiap kali aku tengok klip ni, mesti aku terbayang yang aku ada dalam tu..(berangan je bolehlah kan???)

Ni ada lagi 1...

video

 Haa...starting place dia macam kat some hotel punya swimming pool...Sangat cantik sebab dia shoot waktu malam...Ditambah pulak dengan hiasan sekeliling...Nice video clip...

Masa awal tengok dulu, aku minat dia...



Bila aku tengok..tengok...tengok sampai last ni, aku minat dia ni pulak...



Hehe..maaf ye. Terlebih sudah...(kata Stacy..)


Rasanya tu je kot yang aku nak share...Kang kalau aku bebel panjang2, mesti korang tak suka. Maklum jela..Cerita ni kan actually dah lama...Anyway thanks for reading this entry...

P/S : Biarkan aku jatuh cinta....Pesonaku pada pandangan saat kita jumpa..(menyanyi)

No comments: