09 July 2011

Kegembiraan Berganda (P2)

Salam sejahtera kepada yang sedang membaca...
Kena baca yang INI DULU....

Sabtu ( 2 Julai 2011)

Pagi tu, aku bangun sangat awal. Bangun je,  terus kopek sebesen telur rebus nak makan masa sarapan. Yela..menu nasi lemak sambal bilis hasil air tangan makcik- makcik dan pakcik-pakcik saya yang memang pakar masak itu. Memang tersangat sedap hingga menjilat pinggan. Memang terbaik. Pecah rekod. Ke sana ke sini aku berjalan membuat kerja. Angkat itu, basuh ini, lap itu, susun ini. Setelah beberapa lama, aku mati kutu nak buat kerja apa, akhirnya aku buat keputusan nak iron baju kurung nak dipakai tengah hari nanti. Macam biasalah. Aku dan geng sentiasa berdua di sana. Sambil iron sambil bercerita. Kalau aku sudah mula bercerita, memanglah lama. Hahah...iron punya iron, akhirnya siap juga. Seronok jugak iron baju banyak2 sambil duduk bersila sekali sekala. Selepas iron, jam kat dinding menujukkan pukul 10 pagi. Masih terlalu awal untuk brsiap dan melawa, melaram dan seangkatan dengannya. Mencari kerja terakhir. Berjaya jumpa. Membantu sekumpulan ibu  membalut hadiah cabutan bertuah. Aku terlupa yang tangan aku ni tangan kayu. Kurang daya kreatif dan kekemasan. Namun apa yang mampu dibuat, balutlah selagi ada gunting, selotep dan hadiah. Balut punya balut. Sekali tengok jam dah dekat tengah hari. Waaa!! Cabuttt siapppp cepaaaaaattttt!!!!!! 

Tengah hari : Memang terbaik!!! Siap pun ala kadar je. Cuma tangan aku paling cantik. Merah mengalahkan pengantin. Huhu...suka - suka kan. Memandangkan kamera aku menghadapi masalah teknikal, aku ditugaskan mengambil gambar bagi pihak mak cikku. Kebetulan geng aku pun ditugaskan oleh family untuk merakamkan detik - detik indah sepanjang majlis berlangsung. Maka wujudlah beberapa camera person ; aku, geng, abang aku (cameraman bidang terjun) , suami sepupu aku dan main cameraman itu sendiri. Haha..tu belum lagi masuk orang2 lain yang nak jugak merakam gambar pengantin. Paling tak tahan masa pengantin berarak. Ramai sangat. Pak andam pun terkejut tengok betapa banyaknya flash. Macam sambut PM datang. Bak kata salah seorang pak cik aku "Ni esok keluar front page semua newspaper yang ada kat Malaysia. Utusan, Metro, Berita Harian, Sinar Harian, Harakah. Tamil Nessan pun ada." katanya bergurau. Nama pun majlis perkahwinan, mestilah macam tu. Nasib baik sebelum majlis berarak, aku dah isi perut dulu. So adalah energy masa berhempas pulas nak snap gambar pengantin kan. Memang meriah. Lagi meriah masa kat sebelah perempuan tahu (minta maaf ye Kak L..). Jemputan yang datang memang ramai. Sampai tak cukup tempat duduk. Pekerja rewang memang tak cukup tangan nak menambah makanan, nak tambah air, nak lap meja. Sambil itu, acara diselang selikan dengan acara cabutan bertuah. Pesertanya terdiri daripada kami jugak. Hadiahnya pun agak banyak. Macam family aku, just abang aku je tak menang. Alhamdulillah..rezeki namanya.

Selepas majlis berarak, macam biasalah. Mesti ada acara menepung tawar pengantin. Selepas tu, mesti ada sesi bergambar. Biasalah..keluarga belah perempuan dulu ambil gambar. Sampai turn family sendiri, memang kelakar tahap maksima. Ada saja aksi / gelagat lucu yang mampu membuatkan semua orang ketawa sehingga pecah perut seperti masa korang tengok Maharaja Lawak. Hahahah.... So ada 1 masa tu, mak aku dan beberapa sepupu aku beriya- iya nak bergambar dengan pengantin. Aku takdelah nak enterframe. Datang pulak seorang cameraman yang ku panggil Abang X ni memaksa ku masuk sekali. Bila aku pandang pelamin, aku mencari port nak masuk. Ingatkan nak berdiri je kat belakang pengantin tu sekali dengan mak aku. Sekali pak andam tu menyuruh aku duduk di sebelah pengantin. Ooommaiiigooooddd....cuak + segan + malu = takde jawapan. Semua perasaa bercampur. Aku pun duduk jela. Pengantin tu pun sepupu aku. So apa nak kisah kan. Masa tengah ready nak snap tu, sempat lagi pengantin usik aku. Katanya "Haa..ni Nurul dah duduk sebelah abang. Maksudnya dah tak lama lagi la ni". Waduuhhhh....dah ramai kata macam tu kat aku. Kat abang aku yang dah ada calon tak nak pulak kata macam tu. Aku yang tak ada calon lebih teruk 'kena' usik dengan dorang. Huhu..blushing blushing blushing la muka aku.

Petang : Tetamu beransur pulang. Sambil tu ada sesi karaoke. Abang DJ itu memang terlebih sporting melayan karenah kami semua. Thanks abang DJ. Pada asalnya, aku telah membuat 'perjanjian' dengan seorang sepupuku yang bernama H. Dia ajak aku duet karaoke. Aku tak kisah. Aku suruh dia pilih lagu. Tak tahu nak nyanyi lagu apa. Tup2x seorang lagi pak cik aku membuat 'permintaan luar biasa'. Dia nak dengar aku nyanyi. Apaaaa?????????? Selepas aku menggeleng kepala seratus kali dan dipujuk oleh saudara mara, akhirnya aku menyanyi jugak. Lagu apa?? FT- Sampai Syurga. Terpaksa. Sebab masa tu tekak aku tak berapa ok.  Ampun sangat. Lepas habis nyanyi, ada ke abang DJ tu suruh aku nyanyi lagi. Hoo..ampun la. Pegang mic pun menggigil. Lain kali la ek... Then, aku pun kena bersiap nak gerak balik ke rumah. Agak sedih sebab kalau boleh, aku nak lepak lebih lama. Cuma keadaan tak mengizinkan sebab esoknya, abang aku megapit kawan dia. Selepas bersiap, masukkan beg dalam bonet kereta dan bersalam dengan semua orang, tepat jam 5.30 petang, kami meninggalkan Melaka menuju ke Shah Alam semula...Alhamdulillah, kami selamat sampai ke rumah dekat pukul 9 malam..




P/S : Maaf kalau terlalu panjang..Part terakhir akan disambung secepat mungkin even ini cerita minggu lepas..

No comments: