Salam Eyry...
Berjaya juga mencari masa nak menambah entry di sini...
Weekend minggu lepas merupakan weekend yang paling sibuk plus penat...Kalau korang rajin, meh aku cerita segala apa yang berlaku dalam lingkungan 3 hari ...(Jumaat - Ahad)
Jumaat ( 1 Julai 2011)
Siang : Pagi tu, "Kakak, bangun. Siap". Itulah benda pertama aku dengar. Aku pun bangunlah. Bersiap punya bersiap, packing punye packing baju, aku 1 family memulakan perjalanan ke Melaka tengah hari itu. Singgah sekejap kat TTDI nak hantar 'anak - anak' abang aku ke nurseri. Huhu...sadis gak nak tinggalkan dorang. Tapi nak buat macam mana, memang tak boleh nak bawak 'dorang' all the time. So kami pun tabahkan hati jela nak berpisah sekejap dengan 'dorang'. Selepas lebih kurang 2 jam perjalanan, akhirnya kami pun sampai di kampung halaman ayahku, Melaka. Sampai2 je, "Dak Nurul, meh makan ni. Ada banyak lauk kat bawah khemah tu". Hmm..nantilah. Masa tu perut aku penuh lagi dengan roti ikan bilis sebiji + air milo secawan. Aku pun mencari la sepupu, anak saudara dan mak cik pak cik yang jarang aku jumpa. Huhu...setelah berjumpa dengan 'geng', barulah aku pun memulakan misi gotong royong. Bergotong royong dengan blaus, selendang and jeans hingga ke senja. Memang sempoi =-)
Malam : Dah senja, semestinya aku nak mencari shower. Malangnya semua shower yang ada dah di 'fully book' oleh ahli keluarga yang lain. Kalau nak mandi tu, alamtnya memang berzaman la menunggu turn. Atas idea bijaksana seorang sepupu aku, kami berlima mencari shower kat rumah saudara lain. Sepupu aku , 3 anak dia, aku dan ibuku. Bila dah dapat shower tu, rasa macam tak nak keluar pun ada. Hehe..bila masing2 dah fresh, kami pun bergerak semula ke tempat majlis.
Dalam perjalanan, Nana text. Tanya pasal result degree. Aku pun cakap la, aku tak tengok lagi. Dia tolong tengokkan. Lepas beberapa minit, Nana call. Dia kata "Kecik, tahniah. Kau dapat course bussiness. Kod BM224. Kampus Puncak Alam". Aku tergamam, terharu semua ada lah. Alhamdulillah syukur...Pastu dia tanya aku pasal Angah. Aku mana la tahu. Tetiba dia cakap nak letak dulu. Nanti call balik. Ok. Kami pun dah sampai semula ke tempat majlis berlangsung. Masa kami sampai, semua tengah berzanji. Best tahu. Aku pun join la. Tup2x Nana call. Nana cakap dia dapat kat Melaka. Dia usik aku . Katanya lepas ni, senanglah aku nak jumpa dengan Angah. Dah dekat. Hmm...takde maknenye. Biasa jela. Ok la. Perbualan kami pun tamat.
Aku bagi tahu Hanis. As usual, dia wish congratz. Dia tahu je aku dapat kat Puncak Alam, dia lagi suka. Mengalahkan aku. Hmmm...malangnya perbualan kami terputus kerana telefon aku tidak bekerjasama. Fon aku buat hal. Lantas aku pun kembalilah ke majlis. Rasa excited melihat abang sendiri menjadi pengapit.
Tengah syok tengok pengantin, A (bukan nama sebenar) pulak text. Tanya aku tengah buat apa. Dia tengah tengok Imam Muda 2 final. Aik??? Bukan selalu dia jaga kedai ke time macam ni?? Tahu2 je aku suka tengok Imam Muda. Aku pun cakap la yang aku tak boleh tengok. Kat kampung. Majlis kahwin. Dia tanya banyaknya majlis kahwin. Hehe...teliti jugak dia ni rupanya. Macam PA je gaya dia. So rasa hati ni sedikit berbunga sebab untuk kali kedua, dia yang text aku dulu. Hehe..suka suka...<3 . Pastu dia tanya pulak pasal result degree. Aku pun cakap la apa yang aku dapat. Dia pun cerita apa yang dia dapat. So, kami fakulti, lain kod, lain kampus. Jeleznya sebeb dia dapat kat Shah Alam. Tersangat dekat dengan rumah aku. Tak jauh jugak dengan rumah dia. Tapi dia dah pesan, kalau aku balik rumah cakap dengan dia dulu. Adik dia kat SAMTAJ. So apakah maksudnya itu??? Aku tak nak cakap...:p
Alhamdulillah..majlis pun berjalan dengan lancar serta meriah. Memang jumpa la semua saudara mara yang jauh , dekat. Penat berborak. Malam tu ada juga sesi karaoke. Aku sempat menyibuk. Hehe...semua saudara mara ayah aku tahu 'sejarah' aku ketika kecil. Aku cukup suka menyanyi. So sekian lama dorang tak dengar suara aku, aku pun nyanyila sikit. Setelah berhempas pulas ke hulu ke hilir, aku pun mula mencari port nak beradu. Nampak pulak seorang dia mak cik aku memakai inai. Terasa nak pakai jugak. Cepat2 aku ajak geng aku tukar baju. Dengan bantuan seorang lagi mak cik aku, akhirnya kami berjaya juga melaksanakan hajat memakai inai sambil tengok Karak kat Astro First. Tu pun tak habis tengok. Kami tidur pukul 1 malam dengan tangan berbalut dengan plastik. Huuu...nite!!!!
P/S : Ni baru hari pertama..Akan ada sambungannya nanti...So just wait and see!!!!!!
No comments:
Post a Comment