05 September 2011

Marathon Challenge Update

Salam...lama sangat aku tak update blog ni..Dah bersawang rasanya blog aku ni. Huhu..biasalah...kita kan masing2 sibuk dengan balik kampung nak beraya kan. Amacam raya korang tahun ni?? Best tak???Meriah tak??? Tahun ni aku raya biasa je. As usual family aku akan balik ke kampung mak aku kat Perak dulu. Dalam raya kedua or ketiga baru balik ke kampung ayah aku kat Melaka. Huhu...

Okey..aku malas nak cerita panjang sangat pasal raya. Sebabnya malam ni aku bertekad nak buat update marathon gitu. Bukannya apa..Minggu ni minggu last aku lepak kat rumah sebelum aku sambung degree. Entah bila aku ada masa nak update blog ni. So baik aku update banyak sikit dari yang biasa. Guna fast track..Hahah...

Korang dah ready ke belum ni???
1...
2...
3...
Go!!!!!!!

Day 9 :  My Current Relationship.
Soalan biasa yang aku kena jawab tatkala berjumpa kawan lama or saudara mara yang jarang jumpa. Senang ceritanya, aku masih bujang keseluruhannya. Macam mana life as a single??? Hmm...takdelah susah. Best apa. Hanya fokus kepada diri sendiri, family and masa depan. Cuma kadang2 tu bila tengok kawan2 lain ada 'seseorang' , terdetik jugak rasa cemburu. Menipulah kalau tak rasa apa-apa kan...Aku pun nak jugak rasa happy macam orang lain. Cuma mungkin sekarang bukan masa yang sesuai untuk aku tempuh 'fasa' itu...

Hmmm...ni baru satu...Ada lagi ni...



Day 10: A Photo of Item I Last Purchased
Errr...apa ek???Haaa...ada2...aku baru beli petang tadi...Nak tau apa???
Tadaaa....


Huhu...aku bukannya hantu top up...cuma aku tak boleh biarkan kredit aku sikit...


Korang.....ada lagi aku nak cerita ni...


Day 11: 5 Facts About Me
Hmmm...nak kena 5 je ke???Aku bukan bleh nak tulis pendek2 ni. Huhu....Ok la. Aku try..

1. Saya sangat suka menonton TV.....Rumah aku ada Astro....selagi mata tak mengantuk, selagi tu la aku akan tekan remote biru tu sampai lebam...mak aku kata, bila aku ada kat rumah, aku jadi mak guard...lewat tido sebab tengok TV...haha

2. Tak akan makan sebarang makanan yang ada unsur2 sawi,tauhu dan taugeh..kalau aku jumpa unsur tu, memang selera aku nak makan akan turun...kalau terpaksa makan jugak, aku makan...tapi lambat sangat sangat nak habis...aku juga sangat suka makan...


3. Pantang bila seseorang men'sumbang'kan lagu...especially lagu2 Faizal Tahir...hahah...sebabnya aku ni peminat FT...suka karaoke pun....sebab tu kawan2 aku suka ajak aku gi karaoke dengan dorang...katanya berbaloi baloi...

4. Senang didekati...pendek kata mesra alam la..huhu...especially dengan budak kecik umur 1 sampai 5 tahun...aku juga sangat suka main mata dengan baby...kadang dengan anak orang pun aku suka main cak cak dengan dorang...sebab dorang sangat sangat comel...Tapi awas!!!! sekali dah buat hal dengan aku, hmm....

5. Benda paling penting ialah handfon...Biarlah handfon tu 1 hari tak ada orang call pun takpe...Handfon tu wajib ada dekat tangan aku or depan mata aku. Selagi tak tahu handfon aku kat mana, aku takkan tido or tak buat kerja...

Last one.......



Day 12: A Photo of Something That Makes Me Happy



Kenapa aku pilih TV??? Sebabnya kalau aku bengang, tengok TV..Tension pun tengok TV..Sedih pun tengok TV....Hahah..



Maka..tamatlah marathon update aku kali ini....Sekian....



2 comments:

ked said...

aku tak suke budak kecik yg mengade2 dan kuat merabe! hahahaha

Ain said...

hahah....kuat meraba cmne tu boy???
cecite cecite....