Salam readers...
Dah lama sangat kan aku tak share cerita-cerita aku kat sini. Maaf ye. Sekarang merupakan minggu-minggu kritikal untuk aku dan yang seangkatan dengannya. Hari ni aku nak bercerita panjang lebar pasal lelaki. Bukannya apa. Entah kenapa aku senang rapat dengan lelaki dari perempuan. Sebabnya apa?? Aku sendiri tak tahu nak cakap. Ok. Let’s begin the story.
A (bukan nama sebenar)
Emm..apa aku nak cakap lagi pasal dia ni ek?? Susah.Kadang-kadang aku rasa nak marah dia sangat-sangat. Tapi bila dengar suara dia mesti tak jadi nak marah. Kenapa ye?? Memang sekarang aku dan dia semakin jarang berhubung. Aku pun paham. Aku pun student macam dia jugak. Aku percaya..kalau dia masih ingat aku ni sebagi kawan dia, dia pasti akan muncul.
B (bukan nama sebenar)
Nama glamour dia ni..(dirahsiakan). Ikutkan aku dengan dia kawan biasa je. Tapi ada suara mengatakan aku rapat dengan dia. Mungkin sebab aku ni jenis yang mengambil berat terlebih kot. Bukannya apa. Dia ni macam chipsmore. Kejap datang kelas kejap tak. Semuanya bermula dari rancangan nak tengok wayang yang tak jadi itu. Entah siapa yang mula. Tu yang aku tanya dia apa progress plan ni. Dari situ dia bagi nombor kat aku. Malangnya plan tu tak jadi pun sebab semuanya ada hal. Dia pun ada hal lain. Esoknya ada kelas. Dia tak muncul. Pelik. Ikutkan hati boleh je aku sound dia kenapa suka sangat tuang kelas. Tapi aku pun sedar. Aku bukannya mak or awek dia yang nak bebel lebih2. So aku diam jela. Tetiba je..
E :Mana boipren ko?”.
Aku :Hah? Sejak bila pulak?
E :Ala..ko kan sekarang skandal baru B..
Aku :Mana ada..kalau kau cakap aku rapat dengan I ini (dirahsiakan), aku percayalah.
Haaa..camtulah kot ceritanya. Pastu tetiba ada sekali si B tanya...
B:Mana boipren ko?
Aku : Hah? Siapa pulak?
B : Oh..bukan boipren ko. Boipren H ek..(aku tau siapa).
Aku : Hah? Siapa pulak?
B : Oh..bukan boipren ko. Boipren H ek..(aku tau siapa).
Mak aih...pelik tu. Mesti kes dia nampak kitorang duduk sebelah dalam kelas IB ni. Biarlah.Tapi dia ok sebenarnya. Baru tamat sorang punya cerita. Mari kita beralih ke orang seterusnya...
C (bukan nama sebenar)
Aku konfius sekejap dengan dia ni. Aku kenal dia dengan nama lain. Tapi ada jugak orang panggil dia dengan nama lain dari yang aku panggil. Dari awal aku kenal dia, memang dia suka guna ‘awak saya’. Tapi dengan aku je dia guna. Dengan orang lain takde pun. Bunyinya memang kelakar sebab dia memang seorang yang kelakar. Tapi dalam kelakar dia tu, tersembunyi pelbagai cerita yang aku sendiri tak jangka. Bak kata pepatah diam-diam ubi berisi. Kitorang mula kerap borak sejak dia ingat aku ada affair dengan B. Ada dua kali dia duduk sebelah aku. 1st time masa kelas HR. Tetiba pulak terpaksa masuk dalam ‘drama’. Haa..aku tak berapa nak rajin nak cerita macam mana drama tu. Next time la ye. Kali kedua masa kelas IB. Dah lah dia mintak izin segala bagai. Lawaklah dia tu. Then dia ada mintak tolong aku photocpy notes. Aku ok jela. Sampai bilik, teringatkan permintaan C tu. Tapi lupa pulak nak tanya either C nak 1 chapter je ke semua sekali. So aku pun mintaklah nombor dia kat F. Dia pun tak banyak songeh. Aku pun tanyalah C benda yang aku nak tanya. Dia kata nak semua. Aku tak mintak dia bayar. Tapi aku mintak dia belanja cendol. Kejam kan ? Asalnya niat aku gurau je dengan dia. Esok petangnya masa kelas LAW, dia cakap “You nak cendol kan? Petang ni ikut C lepas kelas”. Aku terpana, terkedu, semua perasaan ada. Masa kelas pun, aku tak berapa nak fokus sangat. Hati aku rasa tak sedap mengenangkan ajakan si C ni. Masa take five, aku call Hanis mintak pendapat. Dia pun pelik kenapa aku rasa macam tu. Aku rasa tak sedap sebab aku takut apa pulak kawan2 lain kata kalau dorang nampak. Plus, dia ni dah berpunya. Aku tak nak lah cari pasal. Tapi aku ikutkan je. It was fun because he’s such a cool friend. Banyak jugak dia cerita pasal life dia kat aku.
Selang beberapa hari lepas tu, keluar pulak cerita pasal aku ada something special dengan C. Nasib baik aku duduk masa orang tu tanya. Kalau tak, sure aku pengsan. How come aku ada fair dengan C ?? Kalau ada, memang aku menempah bala namanya. Masalahnya takde pun. Disebabkan hari tu aku cuma jumpa C masa last class, so aku tanya dia jugak even aku rasa benda tu tak penting pun. Aku guna cara pass notes sebab masa tu tengah ada presentation kot. Mula-mula tu dia kata abaikan je. Pastu tetiba dia tukar tempat dengan E (bukan nama sebenar) yang asalnya sebelah aku. Dia suruh aku cerita. Aku pun cerita jela apa yang berlaku. Aku sempat pesan kat dia “If awek kau tanya kau pasal benda ni, kau explain kat dia betul2. Kau kenal aku macam mana kan?”. Kalau aku jadi awek dia and dengar pulak news camtu, mau hancur hati aku. So aku nek elakkan benda tu berlaku. Bila aku tanya orang lain, takde pun dorang dengar cerita pasal benda tu. Dah tu, siapa pulak yang memandai buat cerita ni?Hmm..
D (bukan nama sebenar)
Aku kenal dia sebab kitorang satu team drama Arab. Ikutkan aku dengan dia pun biasa je. Semuanya bermula masa Modul last weekend. Aku tergolong dalam kumpulan pelajar yang takde nama dalam list. So kami pun berpakat untuk masuk je mana2 team. Itupun atas saranan AJK yang bertugas. Maka kami pun masuklah team yang terdekat. Kami dimaklumkan semua yang ada dalam team tu adalah orang yang namanya bermula dengan huruf A. So kes kami ni agak special. Sesi modul pun diteruskan. Tetiba ada lagi muka yang masuk. Salah seorangya si D ni. Aku pun dengan ramahnya menegur dia. Masa tea break, kawan sekelas aku tanya aku kenal ke dengan D ni. Aku cakaplah aku memang kenal. Rupanya kawan aku tu dah ‘angau’ dengan D ni. Hohoho..begitu ke ceritanya. Aku tak nafikan yang D memang termasuk dalam kategori orang ada rupa. Muka dia ada iras selebriti sukan tempatan. Sama kes dengan si B tu. Muka dia ada iras selebriti hiburan tempatan. C pun sama. Aduh..segan rasanya. Apa yang aku perasan, sejak sekolah lagi, aku selalu ada link dengan orang yang terkenal. Walhal aku biasa je kot. Kadang-kadang sampai Hanis pun pelik dengan aku. Dia tanya aku ada pakai ilmu ke. Mana ada. Budak kecik tu saja nak merepek..( Hehe..hai Hanis..=) ).
Ok. Berbalik pada kisah aku dan D. So kami agak kerap berjumpa sebab nak bincang pasal drama Arab yang tak tahu bila nak mula shootingnya. Dan satu fakta menarik. Aku baru tahu yang D ni rupanya orang Shah Alam jugak. Dekat sangat dengan rumah aku. Huhu..lepas ni bolehlah balik sama. Wink wink..takdelah. As a friend ok. Bagi aku, D ni boleh dilihat sebagai seorang yang ada leadership skills yang tinggi, komited dalam tugasan dan ada lagi ciri lain yang mampu buat perempauan atau mak2 akan masuk meminang dia. Haha..sungguh..
Apakah aku yang salah dalam situasi ini?? Aku hanya mahu berkawan. Tapi kalau dah macam ni punya keadaan, harus ke aku biarkan?? Pelik-pelik dengan manusia di puncak ni ye..
p/s: maaf ye..identiti mereka terpaksa dirahsiakan atas sebab yang tak dapat nak elakkan..=)
No comments:
Post a Comment