13 June 2013

Permulaan Baru


Nota kepala : Ini adalah draft yang sekian lama tersimpan.. So hope korang okey je membacanya...=)

Salam semua yang membaca...Ada ke yang membaca blog ni??Ampun ye..aku jarang update sebab kesibukan tahap maksima campur kemalasan aku nak on laptop..Apapun thanks a lot kepada yang sudi membaca entri aku yang tak seberapa ni..
 
3 Februari 2013...
Majlis persandingan Abang selamat berlangsung di rumah kami..Alhamdulillah..semuanya berjalan lancar seperti yang diharapkan. So sebab sibuk tolong menguruskan persiapan majlis sanding Abang buat aku rasa tak cukup masa nak update blog. Kesian sangat blog aku ni. Selalu diabaikan. Majlis sanding Abang haritu buat aku banyak berfikir tentang isu perkahwinan dan pasangan.

Disebabkan semalam inai aku lagi pekat dari inai pengantin membuatkan aku diusik dan disakat lebih kerap berbanding pengantin. Soalan yang paling kerap ditanya : Bila giliran aku pulak?? Dah ada calon ke belum..Aduhai..tak larat jugak nak menjawab soalan tu. Parents aku pun dah mula tanya pasal calon. Cuma dorang galakkan biarlah lepas aku tamat belajar and dah ada karier sendiri. Okeylah..sebagai seorang anak, aku hanya mendengar mengangguk saja.

Pengalaman pertama menjadi tuan rumah majlis persandingan banyak menyedarkan aku tentang apa makna sebenar sebuah perkahwinan dan pentingnya perancangan, komitmen dan kesabaran dalam merancang sebuah majlis yang sempurna. Dari sekecil2 benda seperti plastik bungkusan berkat sampailah hal2 besar seperti khemah, mak andam, tema dan sebagainya. Aku pula hanya tiga beradik. So memang terasa perbezaannya sebelum, semasa dan selepas majlis persandingan. Aku sangat bersyukur kerana Abang dikurniakan seorang isteri yang sangat supportive dan memahami. Kini aku mempunyai seorang kakak. So dengan kehadiran ahli baru dalam keluarga kami.

No comments: