26 January 2014
Kenangan
Rasanya dah lama sangat2 aku tak update blog ni... Maaf ye.. Kalau blog ni orang, mesti dia dah sentap dengan aku sebab selalu sangat abaikan dia.. Ampun ye wahai blog..
Semalam aku pergi dua wedding. Dua2 tu kawan sekolah menengah aku. Seorang tu kahwin dengan classmate sendiri. Itu ialah Rozaini & Falaha. Dan yang lagi seorang tu ialah Qayyum. Isteri dia tu aku tak kenal. Tapi aku lebih rapat dengan Qayyum since kitorang classmate. Huhu...
Bila dah pergi wedding kawan tu, memang konfem jumpa kawan sekelas or sebaya. Terus aku teringat zaman tingkatan 5 dulu. Masa tu kitorang cuma ada 3 kelas. So boleh dikatakan kitorang agak rapat dan mengenali each other. Memang meriah. Majlis kahwin boleh jadi majlis reunion. Melayan kerenah kawan lama sambil update cerita terkini dorang buat aku sakit perut sebab terlebih gelak ketawa. Aduhai korang ni..
P/S: Entri akan bersambung... Aku kena bersiap nak pegi wedding kawan sekolah rendah kejap lagi..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment