11 February 2014

Dilema Restu Semalam + Hari Ini = ......

Salam sejahtera kepada yang sedang membaca... Aku cakap awal2..entri ni sangat panjang. Takde pics sebab aku tak sempat nak snap pics or gugel gambar. Hope korang boleh tahan baca entri aku yang panjang tahap maksima ni...

****************************************************************

10 /2/2014..aku pergi interview di syarikat A (syarikat logistik).Dari gaya orang2 yang interview aku tu, harapan aku nak dapat memang tinggi. Tapi dia kata anything dia akan call aku later. So aku pun ok jela. Lepas tu, aku balik rumah la. Lapooo...

Lepas makan, aku chit chat kejap dengan Ibu pasal interview yang baru lepas tu. Tengah leka2 borak, ada orang call. Rupanya panggilan dari organisasi B (sekolah integrasi). Aku dah gabra campur terkejut sangat. Setelah mendapat hint dari parents aku, aku pun bersetuju untuk datang interview di sekolah tu pada hari ini (11/2/2014) jam 2 petang. 

Selang beberapa minit lepas tu, aku dapat lagi 1 call. rupanya dari syarikat A. Nak dipendekkan cerita, aku berjaya dalam interview tu. Aku ditawarkan posisi sebagai kerani bahagian inventori. Boleh mula kerja esok. Alhamdulillah...aku sangat bersyukur campur terkejut.

Tetiba aku teringat call dari syarikat C (farmasi) malam kelmarin. Setelah beberapa mesej, beliau minta aku datang interview pada hari yang sama (11/2/2014) jam 3 petang. aku pun setuju saja. Tapi dalam hati aku "Betul ke apa yang aku buat ni???".

***********************************************************

11/2/2014..aku jadi bingung bila pikir pasal appointment aku hari ini. Sambil breakfast pun aku terpikir pikir apa yang patut aku buat. hati aku cakap benda lain. Family aku pulak bagi pendapat lain. 4 vs 1. Sungguh..aku sangat keliru sebenarnya. Tapi aku slumber main redah jela. Just follow the flow. Ingatkan nak bukak akaun CIMB utk syarikat A. Malangnya I/C aku hilang. Memang tak lepas nak bukak akaun. So, dengan tekad yang tinggi, aku dan Baba memecut laju ke JPN terdekat. Padahal masa tu jam dah dekat pukul 1. 

Bila dah sampai JPN, ambil nombor giliran. Kemain jauhnya. Turn aku 4280. Nombor sekarang : 4235. Aku pulak ade interview pukul 2. So ayah aku cakap "Takpe. Tinggalkan dulu JPN ni. Kita gi solat kat masjid area sekolah tu  terus." Aku ikut jela. Setelah berpikir masak2 dan menimbangkan suara2 hati family aku, aku decide untuk cancel interview dengan syarikat C. Aku hantar mesej secara profesional kepada staff yang call aku tu. Maaf ye...

Sampai je kat masjid, betul2 azan Zohor dah habis. Solat berjemaah. Lepas tu terus pecut ke sekolah integrasi B tu. Bila sampai je opis sekolah tu, kena isi borang dulu sementara menunggu turn aku di'interview' tiba. Nervous tak terkata even ini bukan kali pertama. Sesi interview berjalan lancar. Aku di'interview' oleh 3 orang dalam bilik yang sama serentak. Mujur mereka bertiga memahami betapa nervousnya calon temuduga ini. Alhamdulillah..interview berjalan dengan lancar. Aku jawab je apa yang dorang tanya even tersekat-sekat patah perkataan yang keluar dari mulut aku.

Niat asal aku datang inetrview tu sebenarnya untuk mencuba buka ruang untuk adik aku yang sememangnya berminat untuk menjadi seorang pendidik. Tapi sampai ke satu tahap, situasi tu jadi lain. Mengikut kata mereka, adik aku memang tak layak kalau nak memohon di sekolah yang bawah kerajaan sebab masih kategori bawah umur. Kalau mohon kat sekolah swasta memang sure takde masalah. Okey. Aku faham. 

Bila dia suruh aku pilih salah satu position yang ada kat sekolah tu, aku dah tergamam. Hah?? Betul ke?? Aku pun memilih untuk jadi ENGLISH TEACHER. Tak sangka pulak dapat feedback secepat itu. Akhirnya aku berterus terang tentang dilema yang aku hadapi tentang tawaran syarikat A dan sebagainya. Rasa lega. Then, dorang suruh aku balik bincang dengan family aku dulu. Bagi keputusan kat dorang lusa (13/2/2014). Dorang kata, kalau aku setuju nak join dorang, aku boleh mula kerja minggu depan. What?? Start next week?? Biar betul. Ya Allah..terharunya aku rasa. Aku dah boleh bayangkan muka family aku macam mana...

Bila aku cerita kat Baba dalam kereta sepanjang perjalanan kembali ke JPN, aku dengar ayat2 yang sama tentang perbezaan baik buruk syarikat A dan organisasi B dari mulut Baba. Aku masuk JPN dulu sementara Baba park kereta. Malangnya nombor aku dah terlepas jauh. Aku pulak lurus pegi ambil nombor baru. Sama jugak kena tunggu lama. Jam dah pukul 3.40 petang. Ayah aku ambil nombor giliran lama tanya orang yang jaga kaunter nombor tu. Sekali lagi aku dapat nombor baru. Yang bestnya aku dapat nombor ekspres. Tapi kat nombor giliran tu tulis kategori warga emas /OKU. Hahaha... layankan jela. Rupanya sekejap je buat I/C ni. Just bayar denda RM110, amik gambar. Esok dah boleh amik I/C baru. 

Semasa entri ini ditaip, aku dah buat keputusan untuk terima tawaran dari organisasi B sebagai ENGLISH TEACHER. Walaupun takde pengalaman mengajar, aku akan cuba sebaik mungkin. Apa yang penting bagi aku ialah...restu semua ahli keluarga aku. Aku tahu dorang cuma nak aku happy. Tentang syarikat A tu...sepatutnya aku mula kerja esok (12/2/2014). Tapi terpaksa jadi hari terakhir aku jugaklah. Hope dorang boleh terima alasan aku. Aku sendiri tak sangka situasi akan jadi sebegini rupa. Mungkin ini hikmah yang Allah bagi lepas lama menunggu. Alhamdulillah....

Dilema restu semalam + hari ini = Kegembiraan sekeluarga....=)

P/S: Kawan2 yang membaca...doakan saya berjaya dalam menuju langkah pertama ke alam kerjaya...=)








No comments: