04 January 2017

Bayang

Mencari mood nak tido. Menulis mungkin cara yang terbaik. Sebab pernah baca,  menulis adalah satu cara yang bagus untuk something.. Tapi lupa apa dia.. Nanti den tanya gugel semula...

Siang tadi aku kerja macam biasa. Masuk kelas keluar kelas segala bagai. Layan kerenah budak-budak. Tapi ni aku nak cerita pasal someone yang rasanya dah layak digelar bapak budak. Sebelum ni aku pernah mention pasal dia. Aku refer dia sebagai "insan itu ".

Kalau siapa yang mengenali aku dan dia, memang dorang akan tahu aku dan insan itu totally tak ngam kerana sebuah kisah yang berlaku beberapa tahun lepas. (Nak tahu, sila PM tepi). Kitorang tak akan bercakap unless kalau terdesak sangat. Bila kali pertama dia buat, aku kecik hati. Bila kali kedua dia buat lagi, aku diam tapi geram. Dah sampai ke tahap bila dia buat lagi, aku dah tahu nak rasa apa melainkan rasa nak tumbuk je muka dia. Punya la dia tak nak ada kaitan dengan aku tu sampai dia tak sedar kadang2 kena jugak ada kaitan dengan aku or kerja kau takkan siap.

Orang keliling aku hanya mampu suruh aku sabar. Okey. Aku sabar. Walaupun dorang mungkin tak tahu pun apa yang tersirat dalam hati aku ni. Termasuklah insan itu.

Bila aku share situasi ni dengan seorang kawan, katanya insan itu pilih cara macam tu sebab dia ada hak. Tak kata la dia benci aku. Cuma dia prefer cara macam tu. By right, aku tak perlu rasa apa2 if aku betul-betul tak hope apa2 dengan dia.

 The thing is, aku sendiri tak pasti adakah aku masih simpan harapan tu atau sebaliknya. Nak kata aku simpan harapan setinggi gunung, memang takde la. Tu loser namanya. But the truth is undefined. Aku react ni pun sebab seolah dia macam still tak get over things that happened few years ago. In fact,  we are in our workplace. Tolak jauh isu peribadi. Bukan penting pun.

Bayang nak okey sepenuhnya tu.. Macam jauh lagi je. Kalau korang kat tempat aku, apa yang akan korang buat? Mohon tunjuk ajarku sifu..



No comments: