Assalamualaikum semua. Entri pertama untuk 2016 di bulan Jun. Mood bulan puasa plus World Cup. Confirm masa sahur nanti adik aku sanggup bangun awal nak tengok live game sambil minum Vitagen makan kurma.. Haha...
Sejujurnya dah banyak kali aku nak menaip di sini. Tapi masa selalu menjadi halangan utama. Yelah. Skop kerja aku makin hari makin mencabar even nampak macam biasa je. Kerenah buah hati yang ramai tu pun boleh tahan juga. Dan..segala macam peristiwa / insiden yang buatkan hidup aku meriah macam kita pergi fun fair then kau memang main semua game kat sana.
Apa kisah terbaru aku? Well..macam biasa. Busy dengan kerja dan keluarga. Sekarang tengah mood habiskan saki baki cuti yang tinggal lagi beberapa hari je ni. Minggu lepas berjalan sakan seminggu. So minggu ni dok pulun habiskan tanda paper exam. Sikit je lagi. Fighting!!!
Ibu banyak berbicara tentang isu jodoh dan kahwin. Haha...it's normal. Biasalah anak perempuan dengan mak ada masanya nak jugak bergosip. Hehe...dia tak paksa. Cuma rezeki belum ada lagi. Lampu hijau memang dah diberi di samping beberapa unsur2 tapisan dan nasihat. Apapun, korang tolong doakan yang terbaik untuk aku please... Thanks in advance...
Beralih ke isu semasa. Aku jarang tengok TV bila hari kerja sebab bila balik kerja memang flat (letih). So selalunya tido awal. Aku cuma layan TV lama bila hujung minggu itupun kalau aku tak terikat dengan komitmen kerjaya atau hang out dengan kawan. So kadang rasa pengetahuan am aku memang out la. Kalau masuk Clever Girl confirm sampai peringkat awal je. Tapi bila satu drama ni memang viral sampai ke tahap keluar dalam surat khabar Kosmo, itu aneh bagi aku.
Descendants of The Sun. Sure peminat K-Drama jerit " Aaaa...Song Joong Ki!!!". Haha...chill. Joong Ki tak kenal korang pun. Talk to myself sebab aku pun kinda angau tak sudah dengan drama ni!!! Dah banyak kali dia tayang pun aku still tengok if ada peluang. Well..bukanlah aku harapkan calon suami macam Yu Sijin / Seo Daeyoung. Aku suka sebab jalan cerita not fully about lovey dovey thing. Dia tunjukkan situasi sebenar macam mana seorang doktor dan askar jalankan tanggungjawab dorang in depth. Memanglah dorang shooting semua dalam Korea je, but I still love the view at Uruk. So different. Dorang gunakan teknologi sebagai bantuan part gempa bumi tu. Looks like real one. Daebak!!
Mata dah mengantuk ni. So terus kepada moral value yang aku dapat la dalam cerita ni. First: NEVER GIVE UP. No matter what happen, please live your life. Second: BE PASSIONATE. Apapun yang korang lakukan, lakukan dengan sepenuh hati jiwa raga limpa jantung etc. Haha..
Nanti jela sambung ek. Tu pun kalau aku ada free time. Okey. Adios amigos...
No comments:
Post a Comment