11 October 2009

Ada Apa Dengan Kawan Istimewa????

Kawan istimewa..tarafnya lebih tinggi dari seorang kekasih...
Entah kenapa tiba -tiba saja dia menghilangkan diri tanpa sebab...
Sudah puas aku cuba menghubunginya..Malangnya dia asyik mengelakkan diri...
Akhirnya aku saja yang mengalah...
Biarlah aku terus diburu rasa bersalah..Mungkin dia puas kerana buat aku jadi penasaran begini..
Aku cukup terkilan kerana dia antara sahabat yang amat istimewa pernah aku jumpa..
Persahabatan kami cukup indah..

Awalnya aku mengenali dirinya seorang yang pendiam...Tapi sikapnya yang pendiam itu membuatkan aku jadi tertarik untuk mengenali dirinya lebih dalam...Kebetulan kami mempunyai banyak persamaan...Kami juga saling melengkapi..Dia pandai subjek matematik..aku mahir dalam subjek bahasa inggeris...dia seorang pendiam..aku seorang peramah...

Tapi itu semua tinggal kenangan...Masihkah dirinya menganggap aku sebagai sahabatnya????

No comments: