21 January 2011

Nyanyi Lagu Deria Ke-6

Adakah anda mempunyai deria ke-6????Apakah yang sebenarnya yang dimaksudkan dengan deria ke-6???Kebolehan melihat entiti paranormal???Atau meneka apa yang bakal terjadi pada masa akan datang???






Huhu..aku bukannya nak cerita pasal deria ke-6 sebenanrnya.Aku nak ajak korang bernyanyi lagu dari kumpulan 6ixth Sense.Kan maksudnya deria ke-6???Hahah..kenapa aku memilih lagu 6ixth Sense???Sebabnya sekarang banyak drama kat TV3 yang menggunakan lagu2 6ixth Sense sebagai lagu tema.Lagu apa???Jom...check it out!!!!!!!!!!!!!!!









Ni drama dalam slot Samarinda yang dah lama tamat tapi sekarang ditayangkan semula.Jam 6.30 petang setiap Isnin-Khamis.Lagu yang digunakan ialah lagu Tak Bisa Memilihmu.Jom kita nyanyi sikit....


Maaf ku tak bisa memilih dirimu
Kerna ku telah hanyut mencintai dia
Inikah salahku yang memberi ruang
Di dalam hatiku tuk mencintainya


Haa...itu baru yang lama.Nak yang baru sikit???Ada...


Siapa ingat cerita ini???Siapa  yang minat Shahz Jaszle ni mesti tahu cerita ni.Asmara.Slot Lestary.Setiap Selasa jam 9 malam.Bile dia habis aku tak ingat.Aku layan pun dah last2 minit.Tapi kategori agak baru la jugak.Fesyen rambutnya turut menjadi trend.Antaranya peminatnya ialah abang aku sendiri..Drama ini pula memilih lagu yang bertajuk Menyesal.Kalau bukak radio,memang lagu akan selalu kedengaran.Nak nyanyi????Jom...


Menyesal ku akui tak terima cintamu
Dan kini engkau pergi meninggalkan hidupku
Terlambat ku akui berertinya dirimu
Kerna hanya dirimu sambut cinta penawar peritku




Marilah kita beralih ke drama seterusnya...




Haa..siapa tengok kesudahan cerita ni???Baru je habis semalam.Ikutkan aku tak tengok.Tapi disebabkan aku jenis susah nak tidur awal,so inilah hobi aku.Aku akan menekan remote Astro tu sampai bosan.Sampailah aku tengok drama Ayoub ni.Heronya Iqram Dinzly yang memegang watak sebagai Ayoub,seorang pemuda kampung yang sangat baik hati dan disenangi semua orang.Slot Samarinda.Setiap Selasa-Khamis jam 10.30 malam.Aku pun tak tahu cite apa pulak yang ganti lepas ni.Hmm...tunggu jela ek...Lagu tema drama ini bertajuk Sepi.Liriknya memang sedih.Samelah cam aku..Huk3...Layan...


Hapus air matamu dan jangan bersedih
Aku disini menemanimu 
Melukis hari
Hapus air matamu dan jangan bersedih
Aku disini menemanimu 
Melukis hari


Jom kite tengok drama yang terakhir.....Drama ini sekarang dalam slot Lestary...Menggantikan drama Asmara...

Hani..Berkisarkan percintaan di alam persekolahan.Hani(Nur Fathia),seorang gadis 17 tahun yang aktif dalam sukan bola jaring.Namun dia mengalami barah otak akibat penyakit pening yang disangka migrain.Drama ini sedang hangat ditayangkan di TV3...Lagu tema drama ini ialah Cinta Matiku...Liriknya memang syahdu...Zaasssss......



Jangan pernah tinggalkan diriku
Jangan lepaskan aku
Walau setengah detik hidupku
Jangan pernah tinggalkan diriku
Jangan lepaskan aku
Walau setengah detik hidupku



Maka dengan ini,berakhirlah sesi menyanyi lagu deria ke-6@6ixth Sense...Sekian.Terima kasih....



No comments: