16 January 2011

Pakwe@Kahwin

Aku ni baru balik dari rumah bakal besan sepupu aku kat Puchong.Berbincang untuk menetapkan tarikh perkahwinan mereka.Huhu...nampak macam senang tapi sebenarnya susah jugak nak mengadakan majlis perkahwinan.Aku yg jadi tukang dengar pun terdiam,terkedu,terkaku masa diskusi pemilihan tarikh.

Perbincangan tu mengambil masa lebih kurang 45 minit hingga 1 jam.Lepas itu,kami dijamu dengan hidangan tengah hari yang sangat menyelerakan.Ikan keli goreng bercili(feveret gue..),udang sambal petai(ayah aku  pnye feveret),sayur kobis,kari ayam,ikan goreng,buah tembikai,oren sunkist,kuih muih dan air sirap.Banyaknye menu...Beselah..Bakal besan datang,takkan nak bagi cincai2 je kan...Aku paham...


Masa nak balik tu,boraklah sikit2 dengan pakcik2 dan makcik2 saya tu.Dorang tanya sekarang buat apa??Aku katalah tengah praktikal kat agensi pelancongan.Sape2 nak melancong,boleh jumpa aku.Hahah...Insya-Allah,akan diusahakan yang terbaik.Tapi bile masuk soalan2 selepas itu yang buat aku rasa sedikit x selesa.Antara soalannya ialah"Dah ada pakwe ke belum???".Aku menggeleng kepala."Aik,takkan masuk U takde pakwe kot??.Mak aku menyokong aku.Tapi 1 pesan mereka pada aku ialah"Jangan cari orang jauh2.Yang dekat2 sudah".Hmm...yelah pakcik.

Memang itukah senarionya tika umur seseorang sudah menginjak ke alam 20-an????Alahai...

No comments: