23 March 2011

Kali Pertama @ Pertama Kali @ First Time. . . .

Hai everyone...tetiba hari ini saya mahu menulis mengenai "Kali Pertama @ Pertama Kali @ First Time. . . ."

Semua perkara dalam dunia ini bermula dengan kali pertama. . . 


Ala. . . .bukannya korang tak biasa dengar perkataan2 kat atas tu kan. . . .

So. . .

Let's share some facts about my first time in my life. . .  It's gonna be fun!!!!!!

Alamak..tetiba ter"skiping" pulak . 1 , 2, 3 bertukar!!!!!


PERTAMA KALI . . . . . 

Tengok wayang???
Form 3. Cerita REMP-IT.Itupun sebab orang belanja..Hahah...Almaklumlah..budak sekolah takde banyak duit nak keluar jauh2.Tapi outing tu paling best sebab dihadiri oleh kawan2 baik yang nak menyambut hari lahir saya..Yang bagusnya : saya TIDAK MENGELUARKAN SEBARANG PERBELANJAAN .DITANGGUNG BERES !!!!Best tak??Hihi...apa2pun , thanks korang...

Keluar tanpa ditemani ahli keluarga..
Entah..masa sekolah menengah...dari Shah Alam ke Midvalley...seorang diri . Nak jumpa kawan yang dari  jauh.So memanglah kena pergi sorang2.....Kadang2 , kalau bosan pun , saya suka jalan sorang - sorang .

Berjauhan dengan keluarga...
Sejak 2003 sampai 2007 (sekolah asrama).Tapi asrama tu pun kat area Shah Alam jugak.Dikira jauh ke???Hihi...lepas tu sambung 2008 sampai 2010 (IPTA kat Dungun).Pergh...yang ni memang aku rasa macam tercampak kat benua lain .Sebatang kara tau...Aku mana de sedara mara kat Terengganu tu...Memang makan masa nak adapt dengan situasi camtu.Lepas 2 sem , barulah aku ada semangat sikit .

Buat blog
Tahun 2009...Masa tu , aku tak tahu sangat pasal blog2 ni . Tetiba datang pulak arahan mandatori dari lecturer aku yang  nak kitorang hantar assignment guna blog...Haa..Mula2 tu terkejut plus pelik jugakla.Dah lama2 , kira biasa r . Kiranya dia ni seorang yang unik . Expert tau saya punya pensyarah ni.Almaklum jela..generasi Y katakan...Hihi....

Karaoke??
Semester 3 or 4..Kurang ingat . Bestfren saya ajak memandangkan saya ni suke karaoke dalam bilik.Nak kata suara saya sedap tu taklah sedap mana.Sekadar membisngkan suasana bolehlah...Hahah..kalau karaoke , saya kerap nyanyi lagu dari artis @ band @ group lelaki . Macam Faizal Tahir , Spoon , Spring , Meet Uncle Hussein.Ada 1 kenangan masa 1st time karaoke . Kalau nak tahu , KLIK SINI !!!! (TENGOK KAT VIDEO FAIZAL TAHIR) .Bukan diskriminasi kaum sendiri..But saya rasa lagu lelaki lebih memberikan kepuasan . Jangan salah faham ok . . Tapi ada jugak saya nyanyi lagu Siti Nurhaliza , Ella . Pendek kata , saya suka karaoke . So ,sesiapa yang mencari teman karaoke yang efektif , saya antara calon yang terbaik .Haha..(kawan saya kata la..bukan saya..).


Alamak...tetiba saya lost idea pulak . Takpe2...nantikan sambungannya akan datang....=)



No comments: