04 July 2011

Aku & Dia

Aku sebetulnya keliru dan buntu. Kalau orang tanya apa perasaan aku kat seseorang ini, aku sendiri tak dapat nak bagi jawapan muktamad. Biarlah aku berterus terang kat sini. Sebab aku tahu kau takkan share cerita ni dengan orang lain tanpa keizinan aku kan??? Dengan ini, jika sesiapa membaca tulisan aku ini tanpa kebenaran aku, aku merayu. Anggaplah anda tak pernah baca apa-apa. Lupakan semuanya.

Buat A (bukan nama sebenar)
Andai kau tahu apa yang tersirat dalam hati aku ketika ini...Terlalu banyak perkara. Bermacam-macam. Sejujurnya aku menyayangi insan ini. Cuma tak tahu sebagai apa. Kawan atau selain dari itu.

Perkenalan kami bermula dari sekolah menengah. Kami sekelas dari Form 1 sampai Form 5. Dia ni susah nak cakap dengan perempuan. Dia cuma akan cakap dengan perempuan yang dia rasa selesa. Tapi kitorang rapat masa Form 5. Selepas 'kejadian' di Sg. Congkak itu. 1 pendedahan eksklusif yang dilakukan oleh AKU!! Sungguh sampai sekarang aku tak percaya aku pernah buat benda itu. Tapi sebelum itu, dia sendiri pernah buat sesuatu yang di luar jangkaan aku. Tahun 2004. Situasi pada waktu rehat. Aku just beli makanan kat kantin n makan kat kelas je. Masa aku nak masuk kelas lepas basuh tangan, tetiba dia halang perjalanan aku. Aku kata tepilah. Nak lalu. Tapi dia berdegil. Itu yang peliknya. After a few seconds, dia keluarkan sebatang Choki-Choki and hulur kat aku. Aku pelik plus terkejut. Tapi mood aku masa tu memang tak kuasa nak melayan dia sebenarnya. Pelik sebab itulah kali pertama dia buat drama depan kawan2 dia. Ok. Back to story. Aku tanya "Choki-Choki tu untuk siapa??". Dia kata "Untuk kau. Nah". Awalnya aku menolak. Sebab ingat dia main2. Tapi dia kata serius. Coklat itu untuk aku. So aku pun terima la pemberian itu.

Berbalik pada cerita tahun 2007. Memang selepas kejadian kat air terjun itu, kami memang rapat. Aku sendiri tak ingat bila kami mula main SMS. Rapat punya rapat, macam2la cerita keluar. Ada cerita baik dan ada jugak cerita tak baiknya. Aku dengar jela. Nak buat macam mana kan. 


Jujur, aku tak tahu bilakah perasaan sahabat itu bertukar........

2 comments:

nadzwareina said...

ain, the same person yg ain share ngn akak dulu? wahhhh lamenye korg brkawan...

anywy nama die spe ye ain? akak dh lupe.. maaf sgt2..

Ain said...

ntah...ain pun x igt apa spe yg ain nk share dgn akak dlu...tp xpela..ain cite je...

nme dia shahrin.org biasa pggil caen je.dia ada twin. caen ni adik...x expect pun things turned out to be different after the incident..but for now, we're just normal friends...but it's so nice 2 have him as my friend...=)