Salam..pertama kali aku update blog di awal pagi yang tenang di puncak ini. Sangat tenang. Buat masa sekarang la sebelum jadual tak diubah lagi kan. Huhu..jadual aku sedikit haru biru. Nasib baik aku dah buat appoinment nak jumpa PA aku tengah hari nanti. Aku perasan suaranya iras2 Siti Saleha. Dan beliau juga sangat efisien. Terima kasih. Jasamu akan ku kenang. Okey. Mari kita sambung update yang tergendala ini ye kawan2...
Day 19: A Picture of Something I Want To Do Before I Die..
Gambar??? Macam pelik je. Memang kita tak tahu bila sampai waktunya. Cuma aku sentiasa berdoa agar aku mati cara yang baik. Masih dibawah keredhaan Maha Kuasa dan iman yang kukuh terpahat di dada. Mungkin benda ni maksud dia macam last wish kot. Takpe..aku cuba.
Haa...ini yang aku nak buat...
Day 20:The Meaning Behind My Blog Name.
Huhu...cerita sejarah kejap ye. Sebelum ni nama blog aku ialah "Heartbroken". So jiwang kan??? Dari awal blog ni wujud memang aku guna nama tu. Masa tu aku tak tahu sangat hal2 blogging ni. Aku pun buat ikut suka aku je. Selepas ramai orang meng'komen' , cakap nama blog tu macam orang yang dah putus asa dengan kehidupan, aku pun decide nak tukar nama blog aku. Puas jugak nak memikir nama yang sesuai untuk blog aku ni. Selepas beberapa ketika aku bertapa mencari ilham, akhirnya datang idea nama "Cerita Seorang Ain". Kenapa?? Sebabnya aku seorang yang suka bercerita. Ain ialah nama pendek aku. Tak ramai yang panggil nama aku dengan nama Ain tu. So takdelah obvious sangat if something happen kan..
Day 21: A Photo of My Favourite Place to Eat.
Ni lagi 1 masalah. Aku jenis tak cerewet sangat bab makan. Tempat makan pun sama. Asalkan tempat tu bersih, halal, sedap dan affordable pun dah ok. Tak semestinya nak high class sangat. Aku cuma dari golongan kelurarga sederhana saja. Kat mana ye aku suka makan?? Fast food??Hmm..semua aku suka. Mamak?? Adalah sikit2. Restoran??Huhu...lagilah banyak..So gambar apa aku nak letak ni??Haa..aku tahu tempat yang memang best aku suka makan..Kejap ek..
Ni confirm best. Boleh makan gaya bebas sebebasnya. Boleh pilih menu sendiri kan. Rumah sendiri?? Siapa setuju dengan aku angkat kaki korang cepat!!! Hahah...gurau je..Tapi tulah.. Papehal lagi best makan kat rumah sendiri. Terbaikkk!!!!! |
No comments:
Post a Comment