24 September 2011

Suspen

Salam readers..

Aku tak tahu macam mana aku nak mulakan cerita. Something happened and it wasn’t expected. Semuanya gara2 PTPTN. Mula awalnya memang aku nak setelkan hari ini. Tapi punya ramai manusia sampai ke tahap luar biasa. Sebabnya dia gabung sekali dengan kampus lain. Last minute aku dapat tahu yang dokumen aku tak cukup. Bahagian butiran peribadi. Aku pergi CC kat kolej A, tutup pulak. Lab kat PTAR pun tutup. Nak mintak tolong budak luar semuanya dah terlambat. Aku pun redah jela nak pergi pekan . Terpaksa beranikan diri. Tunggu bas pun dah 1 hal. Punyalah lama. Asyik bas U je yang lalu. Karang aku balik rumah memang tak jadi apa la PTPTN aku. Tapi tak boleh jugak. Rumah aku kosong. Parents aku ke Pahang sebab mengiring jiran aku punya rombongan pengantin. Abang aku tu antara 2 je. Kerja atau dating. Sonang. Yang pasti muka dia memang tak lekat kat rumah. Ok. Back to my story. Aku turun kat area shop house yang aku sendiri tak tahu nama spesifik tempat tu apa. Redah jela. Nasib ada jugak CC. Aku pun print la dokumen aku tu dengan jayanya. Tapi bila nak balik tu aku saspen. Bas T ni belum tentu ada. Dahlah situ tak ramai orang. Aku tunggu bas kat tepi kedai mamak tu sebab tak ada bus stop. Orang mamak tu pun lain macam je tengok aku mundar mandir tak tentu arah. Aku tak sedap hati. Aku pun text K (bukan nama sebenar) . Nak tanya dia kat mana. Dia ada kat rumah. Aku pun mintak tolong dia ambil aku kat area unknown tu. Nasib baik dia tahu tempat tu kat mana. Dia suruh tunggu. Aku pun lega. Memang scary bile kita ada kat 1 tempat yang kita sendiri tak tahu nama tempat tu apa. First timer pulak tu. Masa tunggu K datang pun, aku punya panik lain macam. Sampai ke tahap semua kereta  yang aku nampak tu aku harapkan itulah K. Teruk kan??

Akhirnya, K pun sampai. Laju je aku masuk kereta. Dia pulak terus tanya banyak soalan. Aku pun jawablah segala soalan tu dengan perasaan yang bercampur-baur. Agak sukar nak digambarkan  dengan kata-kata. Lepas habis di‘soal siasat’, kitorang masing-masing diam. Bukan apa. Sebetulnya dia pelik macam mana aku boleh sampai ke tempat itu seorang diri. Dan dia jugak kata “Nasib baik aku ada kat rumah. Selalunya weekend aku berjalan. Nasib baik jugak aku tahu tempat tu sebab nama jalan dia sama dengan nama mak aku”. Woo..aku sendiri tak tahu nak imagine kalau dia tak ada. Alamatnya memang aku boleh pengsan kat tengah jalan tu. Dari pagi aku tak makan langsung. Nasib ada spare air.

Entah kenapa aku rasa perjalanan nak balik kolej tadi macam jauh je. Antara si K bawak sopan style ayah aku atau perjalanan tu sememangya jauh. Huhu..I owed you my friend. Terasa macam dialah yang ‘selamatkan’ aku.. ‘Wira’ku...(Yeke??). Apapun faktanya, aku tetap berterima kasih kat dia jugak kerana sudi tolong aku. Yelah..aku cuma kenal dia dengan S (bukan nama sebenar). Dorang je manusia yang aku tahu ada kereta. Malangya aku tak ada nombor fon S. Plus, S tak ada pun. Dia kat Meru.


P/S: K..thanks a lot ..nanti aku belanja kau makan ok..=)

No comments: