17 September 2011

Update Cabaran Pertama Kali di Puncak

Salam...blog aku memang sangat berhabuk sebab jarang update. Maklum la..minggu pertama masuk study semula. Banyak benda nak kena setel kan...Bila dah setel semua, baru la boleh study dengan aman gembiranya...Aku sekarang ada kat puncak..So hari-hari aku akan menuju puncak!!!!
Ok. Aku nak sambung update ni. Hope korang yang membaca semua happy saja..

Day 17: How I Hope My Future Will Be
Memandangkan umur aku dah mencecah 21 tahun masa puasa hari tu, so otak aku pun mula berfikir secara sedikit serius tentang masa depan. Apa yang aku tempuh sekarang pun sebahagian dari masa depan aku jugak. Melanjutkan pelajaran di IPTA di peringkat ijazah. Dijangka aku akan konvo pada tahun 2014..(doa2kan aku ye..). Mencari karier yang sesuai. Bila ongkos dah stabil, baru la mula mencari sang Adam yang berjaya menaklukkan hatiku yang kecil ini. Huhh..berjiwang karat pulak. Bunyinye macam cliche bagi seorang perempuan kan?? Tapi inilah pelan masa depan aku secara kasarnya..Kang kalau aku cerita sebijik-sebijik, korang jugak yang tak larat nak scroll sampai bawah..Hihi..jangan marah ye...Kalau nak tahu lebih, baca kat sidebar aku belah kanan tu ye..Impian saya...

**************************

Day 18: 5 Things Irritate Me about Opposite/ Same Gender


5 perkara yang aku tak suka tentang perempuan.
- Semangat berpuak-puak tu kuat.
- Maaf cakap ni. Tapi kebanyakan perempuan mudah termakan kata orang lain.
- Kadang2 kalau nak cakap pun nak kena jerit2. Walhal depan mata je kot.
- Mudah terpengaruh dengan emosi.



5 perkara yang aku tak suka tentang lelaki.
- Ayat dan perkataan yang dorang gunakan pelik.
- Kadang2 , dorang ni terlalu bergantung kepada kawan/orang lain.
- Nak merokok tu tak kisah la. Hak masing-masing. Tapi jangan kat tempat awam.

-


Pesanan ikhlas kepada yang membaca entri ini: Ini cuma apa yang aku pernah rasa, tempuhi dan hadapi. Kiranya macam pengalaman sendiri la. Tidak bermaksud nak menyakitkan hati sesiapa pun. So kalau sesiapa yang tak suka entri ini, sila beritahu ye..Dan kalau ada yang kosong tu, maksudnya aku tak tahu nak tulis apa..Maaf ye..

No comments: