04 July 2012

Hero Di Hati Saya

Salam....agak jauh perbezaan hari ini dengan entri terakhir saya. Haha..ampun ye. Sekarang aku berada dalam moood peperiksaan. Aku perlu fokus untuk study. Aku ingin tebus kesilapan yang telah aku buat semester lepas. Mood nak online pun tak berapa nak ada. Aku nak update blog pun tak tahu nak cerita pasal apa.


So kali ini aku dapat idea baru. Aku nak berkongsi dengan korang yang sudi baca blog aku yang biasa je ni. Korang memang terbaik. Sayang korang lebih la. Haha..kasi bodek dulu. Baru mood nak baca tu datang kan???Hehe..gurau je. OK. Korang pun dah tengok tajuk aku kat atas tadi kan??? HERO DI HATI SAYA. Agak- agak korang la kan, siapa hero dalam hidup korang??? Bapa?? Adik-beradik?? Pakwe??Emm....tepuk dada jawab sendiri ye...


Hero 1 : Baba
Dia memang hero paling penting dalam hidup aku. My Daddy/Baba(panggilan di rumah). Berikut merupakan butir peribadi Baba...


Nama : Rahim bin Omar.
Tarikh lahir : 7 Julai 1960.
Asal : Melaka.


Haa...cukuplah kot. Kenapa dia hero paling penting?? Sebab aku kat rumah manja dengan Baba. Tapi tak bermaksud aku tak rapat dengan Ibu. Still rapat. Cuma aku lebih rapat dengan ayah sebab aku banyak mewarisi perangai Baba. Peramah, suka pendam perasaan, suka makan dan ada bakat menyanyi. Haha...lagi satu, Baba menulis guna tangan kiri. Kidal. Dan tulisan dia sangat kemas berbanding tulisan aku. Baba juga pandai melukis. Teringat masa zaman sekolah dulu. Setiap kali ada kerja sekolah yang kena melukis sesuatu, aku akan minta tolong Baba. Aku cuma tukang warna je. Sampai sekolah, ramai puji lukisan Baba yang cantik dan kemas.Aku suka tengok bila orang kidal buat kerja. Sebab bagi aku orang kidal ni kreatif dan unik. Oh ye. Baba juga seorang yang pandai masak. Masa aku kecil dulu, selalu Baba masak sebab Ibu masa tu masih bekerja. Dulu Baba kerja syif awal pagi. Awal pagi dah pergi kerja. Then dalam pukul 3 or 4 petang dah balik rumah. Ada lagi 1 kenangan aku dengan Baba. Masa tu aku darjah 1. Disebabkan waktu kerja Baba yang balik awal petang, so bila waktu rehat kat sekolah petang (sekolah kebangsaan), aku tak keluar duit sebab Baba akan datang teman aku rehat. Bila aku dah habis rehat baru Baba balik rumah. So makcik kantin tu memang kenal Baba. Kebetulan makcik kantin tu satu taman dengan rumah aku. Huhu..sangat best waktu itu. Aku suka hati nak makan apa tapi Baba yang bayar. Kalau Baba rajin, dia yang masak sendiri kalau sempat. Baba ni jenis penyayang orangnya. Kalau kitorang minta sesuatu, dia akan cuba usahakan untuk penuhi permintaan kitorang. Kalau tak dapat pun, dia akan terangkan kenapa tak boleh/ tak dapat penuhi permintaan tu. Tapi aku memang takut bila Baba marah. Sebab Baba bukan seorang yang garang. So bila dia marah tu sangatlah scary. Huuu...ampun Baba. Kalau aku nak cari suami pun, biar calon suami tu macam Baba. Kelakar, tenang, caring, kidal, pandai masak. Oppsss..ada ke calon untuk aku??? Baba juga seorang yang sensitif dan manja. Mungkin sebab dia anak bongsu dalam family kot. Family Baba agak besar. Baba anak ke-13. So bila balik kampung or buat kenduri kahwin memanglah riuh. Nak pulak Baba anak Melaka. Hobi dia menyakat anak buah or sepupu. Majoriti adik beradik Baba memang pandai masak. So setiap kali aku balik Melaka, memang aku akan makan sepuas hati. Haha..makan je kerja aku kan. Rasanya kalau aku memang tak mampu nak cerita sampai habis pasal Baba. Apapun..I Love You Baba...

Baba (dua dari kiri)
Hero 2 : Abang.
Aku agak bertuah kerana aku diapit dengan 2 jejaka terhangat. Abang dan Adik. Sekarang kita story mory pasal Abang dulu ok. Ni adalah sedikit butir peribadi Abang....


Nama : Muhammad Al-Dhiyaulhaq Bin Rahim.
Tarikh Lahir : 19 Februari 1984.
Asal : Perak.


Mesti korang pelik kenapa Abang asal dari Perak? Sebabnya...Abang lahir kat Hopsital Ipoh, Perak. Bila tengok nama abang aku, mesti tanya siapa yang bagi nama?? Seingat aku, Baba yang bagi nama kitorang 3 beradik. Tapi yang paling konflik masa nak bagi nama aku la. Yelah. Ibu nak bagi nama lain. Baba nak bagi nama lain. Last2, nama yang Baba pilih jugak menang. Tapi maksud nama Abang pun sangat bagus. Maksud nama Abang ni "Sinaran Kebenaran". Haa...pandai Baba pilih nama.Oppss..terlebih pulak cerita pasal nama ni kan. Sudah...sudah. Back to story. Kalau dari segi rupa paras, antara kitorang 3 beardik, Abang yang paling unik. Lain dari yang lain. Aku dengan adik aku ada jugak campuran rupa Baba dengan Ibu. Abang tak. So disebabkan itu, kadang dia selalu tanya soalan ni kat Ibu "Ibu, dulu masa Abang kecik2, Ibu salah amik abang kat hospital ye??". Haha..kadang benda ni jadi bahan lawak jugak kat rumah. Abang ni ikut rupa arwah atuk sebelah Ibu. Kurus tinggi. Masa kecik dulu, aku dengan Abang tak berapa ngam.Ada je benda buat kitorang gaduh. Tapi semuanya berubah lepas Ibu dan Baba pergi haji tahun 2006. Aku pun tak tahu apa yang menyebabkan perubahan itu. As we grow older, we getting closer and more understand each other. Abang memang kaki sukan. Sampai sekarang pun still aktif dengan futsal. Sejak kecik lagi dia memang aktif sukan. Bola sepak, bola tampar, badminton, sepak takraw. Kat rumah tu memang banyak piala and pingat sukan abang. Tapi jangan salah faham. Piala and medal aku pun ada jugak. Huhu..ada 1 cerita yang buat aku senyum bila ingat balik. Kan aku cakap aku dengan Abang suka gaduh kat rumah?? Tu memang betul. Tapi bila dia masuk asrama, akulah insan yang paling teruk menangis. Tak tahu sebab apa. Pagi2 aku nak pergi sekolah pun kadang menangis kejap sebab ingat Abang. Pelik tak?? Ada lagi cerita pasal Abang. Abang ni jenis tak suka sangat amik port hal orang. Dia lebih suka memerhati. Dan dia juga seorang yang penyayang tapi dia tak reti nak tunjuk. Abang seorang protektif. Garang pun ada jugak sikit. Dah nama pun anak sulung kan, so memang terserlah dia punya ketegasan, leadership skill and control pergerakan aku. Bukanlah control macam mana pun. Cuma dia selalu cakap dengan aku, kena pandai jaga diri, jaga pergaulan and so on. Mula2 tu memang tak selesa. But then, bila difikir balik, Abang buat macam tu sebab dia sayang aku. Dia tak nak aku tersalah arah. So based on all the reasons above, I am proud to announce him as my second hero in my life..


Hero 3 : Adik
Aku dengan adik rapat. Kitorang sama2 manja dengan Baba. Perangai kitorang pun tak jauh beza sangat la berbanding perangai aku dengan Abang. Sedikit kontra. Nah.. sedikit informasi mengenai Adik aku yang manja dan nakal ini...


Nama : Muhammad Aleef Haiqal
Tarikh lahir : 27 Disember 1994
Asal : Selangor

Ibu cakap, antara kitorang 3 beradik, Adik yang paling kuat menangis masa baby dulu. Tak boleh tinggal kejap. Tinggal je mesti menangis. Cewek la kata orang. Haha...ada masanya jugak kadang aku dengan Adik ni bergaduh. Biasanya kitorang akan bergaduh sebab channel TV. Aku nak tengok drama. Adik nak tengok bola. Dapat remote kat Baba sudahnya tengok ceramah agama. Ambik kau. Dua2 tak dapat apa. Hahah..memang kelakar la bila ingat balik. Kan aku cakap perangai kitorang tak jauh bezanya. So sebab tu kitorang lebih close sesama sendiri. Tapi dia still rapat dengan Abang jugak. Dorang mesti ada cerita lelaki. Aku tak boleh masuk campur. Apa yang buat aku sayang Adik ni, ialah dia pandai  mengalah dengan situasi. Even dia anak bongsu, tapi dia seorang yang sangat determined. Dia ada hala tuju dia tersendiri. Bila dia kata dia nak buat something, dia akan buat jugak walau apa cara sekali pun. Dan dia juga seorang yang rajin ke dapur walaupun hanya tahu masak Maggi and goreng benda2 simple like keropok  and frozen food. Mungkin dia mewarisi Baba kot rajin ke dapur. Plus, frekuensi dia ada kat rumah lebih banyak / lama berbanding aku dan Abang. So selalu la dia teman Ibu kat dapur. Huhu..aku bukan tak rajin ke dapur. Cuma ikut mood. Apa lagi pasal Adik ek??Dia kadang suka berkias kalau nak something. Sangat kelakar. Bila namanya anak bongsu, so perhatian kat dia tu memang lebih la. Untung juga dia pandai berdikari. Kadang aku rasa dia lagi matang dari aku kot. Dulu memang dia rendah dari aku. Sekarang kalau ukur, aku yang rendah dari dia. Adoii..jatuh saham aku. Adik ni, kalau dia tak suka sesuatu dia tak reti cakap yang dia tak suka. Nak tahu dia suka ke tak, tengok dia diam ke banyak cakap. Kalau dia suka, dia cakap macam biasa. Kalau dia diam je banyak, memang dia tak suka la tu. Disebabkan dia membesar di zaman moden, so dia  agak mementingkan gaya dan keselesaan. Haa..Adik seorang yang stylo. 


Abang (kemeja kotak merah). Adik (kemeja kotak hijau).


Apa persamaan 3 hero ni?? Persamaan dorang bertiga ialah dorang sangat cerewet. Sebab apa aku cakap dorang macam tu?? Aku cerita ye. Kebiasaanya bila nak raya, kitorang akan shopping 4 beranak sama2. Ibu memang tak suka keluar masa bulan puasa. Penat katanya. So aku pun ok jela teman dorang. Sampai shopping mall mulalah bershopping.  Tapi yang anehnya barang aku dah ber-beg2, dorang tak beli satu apa lagi. Dari satu kedai ke satu kedai asyik aku je yang excited. Aku tak tahu apa yang dorang nak. Haha..aku ingatkan perempuan je yang cerewet bila bab2 shopping ni. Rupanya lelaki lagi banyak kali ganda cerewetnya...Itulah konklusi aku setiap kali teman hero2 tu bershopping. No wonder la Ibu pun tak larat teman. Ibu bukanlah jenis yang suka menunggu. Cepat bosan..Haha...


Aku menulis entri ini dengan sepenuh kasih sayang dan jiwa raga. Dengan adanya 3 hero dalam hidup aku ni, memang  terasa  sempurna. After all, aku cuma ada satu soalan je lagi. Siapakah hero ke-4 dalam hidup aku??? Jeng...jeng..jeng...




No comments: