16 November 2012

Cerita Terbaru

Salam readers...
Dah lama sangat aku tak update blog ni??Maaf..ini baru ada masa nak update blog. Maklumlah...student kan. Alhamdulillah..aku masih bernafas di muka bumi Allah yang sangat luas ni. Sebetulnya..aku sendiri tak tahu nak cerita apa kat sini even mood nak menaip tu ada. So buat masa ni aku cuma mampu share pasal apa yang terbaru mengenai life aku...

Sekarang aku dah semester 4. Masih lagi menyumbang dalam aktiviti society. Kawan2 pun semua okey. Makin lama jaringan kenalan makin meluas. Takpe. Kita kan digalakkan mengeratkan hubungan sesama insan...

Oh ye..Satu transformasi terbaru dalam family aku. Abang yang ku sayangi telah selamat bernikah bulan Oktober. Pada mulanya aku bayangkan aku tak dapat saksikan detik penting tu since aku terperangkap dalam kesibukan kuliah. Ibu pula seakan memahami kesibukan aku. Baba pula terbalik. Dia memang nak aku ada masa majlis nikah tu. Tapi mana boleh aku tak ada kan. Detik yang paling bersejarah. Kehadiran adalah diwajibkan. Alhamdlulillah...semuanya berjalan lancar. Selepas Abang sah bergelar suami, majoriti ahli keluargaku menitiskan air mata kegembiraan termasuk aku sendiri. Pengantin pun sama je. Bagi aku saat itu adalah saat yang sangat syahdu. Nasib baik aku memang dah prepare tisu kat tangan. Hukhuk...agak-agak macam mana pulak time aku nanti ye???Jawapan aku : ENTAH/ TAK TAHU...

Pasal kawan aku yang seorang itu, kami masih berkawan. Kawan biasa. Aku terharu kerana dia masih menerima aku sebagai kawan. Tapi kadang-kadang aku rasa lain. Tak apa. Memang itu yang sepatutnya. Macam mana lain pun aku rasa, aku kena belajar berdepan realiti even realiti tu sangat pahit. Ada 1 insiden yang terjadi beberapa minggu sebelum birthday kawan aku tu. Aku tak boleh cerita apa benda insiden tu. Tapi cukuplah kalau aku cakap insiden tu boleh ubah mood aku 100%. Tak tahu kalau kawan aku tu perasan ke tak. Hope dia tak tahu sampai bila-bila pun tak apa. Aku anggap je benda tu tak pernah jadi.

Atas dasar persahabatan yang ikhlas, aku bagi hadiah kat kawan aku tu masa birthday dia. Hadiah tu adalah hadiah pertama dan terakhir dari aku untuk dia. Hadiah tu sebagai tanda penghargaan dan persahabatan kitorang. Malam sebelum birthday dia, aku buat kad. Tengah leka buat kad tu entah kenapa aku rasa sebak sangat. Aku rasa macam hadiah tu tanda berakhirnya persahabatan kitorang. Kedengaran macam cliche or pathetic. 

After all, I need to continue my life. Family, study, friends. That's all about me right now. Hope aku mampu tabahkan hati and kuatkan semangat...



No comments: